Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 30, 2024 @ 5:30pm

Pengurus Artis Sound Selebriti Wanita Bertudung, Minta Jangan Bohong Isu Kurus – “Kalau Potong Perut, Cakap Je Potong… Jangan Menipu”

Seorang individu lelaki didakwa pengurus artis bertindak menegur selebriti wanita bertudung agar tidak berbohong mengenai perjalanannya menurunkan berat badan.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai @afeeqIqnarcio memaklumkan supaya rakan selebriti ini bersikap jujur.

Malah, mengaku kesan penurunan berat badannya adalah disebabkan pembedahan bariatrik dan bukannya disebabkan pengambilan mana-mana produk kesihatan seperti yang tular.

“Jujur lah ya, kalau potong perut, cakap potong perut. Memanglah the founder bayar artis-artis tu untuk potong perut. Lepastu, promote produk mereka.

“Nanti artis-artis tu cakaplah ‘minum kerana itu’, minum kerana ini’, ‘makan itu, makan ini’…. Tak jujur dik,” ulasnya.

Mengakui dirinya juga melakukan pembedahan bariatrik bypass, pengurus yang juga merupakan seorang usahawan itu menjelaskan, mana-mana artis yang melakukan pembedahan memotong perut sukar untuk ‘maintain’ berat badan.

“Saya memang potong perut. Saya buat batriatrik bypass. Tetapi dekat dalam Malaysia ni orang yang buat batiatrik bypass ke, slim ke, untuk maintain, susah.

“Jadi jangan kata gunakan produk ‘metox’ tersebut untuk maintain kan berat badan dan cantik. Tidak, itu Tipu!” kongsinya.

Diakhir video tersebut, @afeeqIqnarcio turut menasihatkan agar selebriti wanita bertudung itu jujur dan tidak menipu mengenai isu penurunan berat badannya.

“Pakai tudung tapi menipu. Malu!,” katanya ringkas.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun rata-rata netizen seolah-olah dapat meneka siapakah individu yang dimaksudkan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 Feb 2020
Featured Tue, 25 Jun 2024

Hampir 30 Tahun Dalam Industri, Spider ‘Keluar Sarang’ Hiburkan Lebih 2,400 Peminat Dalam Sebuah Konsert Mantap!

Spider memang berbisa dari dulu sampai sekarang! penuh satu Zepp KL dengan peminat

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Intan Liana DiTawar Menjadi Duta Produk

Hilang suami di sisi bukan kerana dipinta tetapi Tuhan berikan hikmah dimana mendapat beberapa tawaran untuk menjadi duta produk.

Featured Fri, 10 Jan 2025

“Tergamak Korang” – Netizen Terhibur, Dakwa Muka Sharifah Sakinah Persis Isteri Fizi Ali

Ramai yang tersilap menghantar DM disebabkan raut wajah mereka serupa.

error: Content is protected !!