Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 2, 2024 @ 4:57pm

Adegan Bersentuhan Cetus Spekulasi, Siti Elizad Sedia Terima Teguran – “Saya Faham Ini Bab Agama…”

Selepas menerima teguran dalam kalangan warganet susulan adegan bersentuhan pada sebuah video belakang tabir yang tular baru-baru ini, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad tampil memberikan penjelasan.

Katanya, dia tidak mengetahui mengenai isu tersebut memandangkan dia tidak membuka media sosial selain lebih senang tidak membaca sebarang komen ketika sedang bekerja.

“Saya bila bekerja, saya memang tidak membaca sebarang komen,” katanya.

Meskipun terkejut dengan respons yang diberikan warganet terhadap adegan bersentuhan di bahagian pergelangan tangan dan wajah tanpa berlapik sebarang kain, Elizad menjelaskan, dia faham ia berkaitan bab agama dan berlapang dengan segala komen yang diberikan.

“Saya faham ini bab agama, Apapun saya anggap  ini teguran dan berlapang dada.

“Saya belum bersedia untuk memberi sebarang komen dan berharap netizen menonton drama itu terlebih dahulu,” jelasnya.

Terdahulu, lakonan Elizad dan Amar Baharin tular di platform TikTok apabila kedua-duanya melakonkan babak dipercayai sebagai suami isteri yang sedang bergaduh.

Video tersebut memaparkan Elizad sedang menangis teresak-esak dan ditenangkan oleh Amar.

Namun begitu, aksi tersebut menuai perhatian rata-rata netizen, sekaligus meluahkan rasa kesal terhadap pelakon itu apabila dikatakan tidak menjaga ikhtilat dek kerana melakonkan adegan ‘skin to skin’.

Artikel Berkaitan:Berlakon Babak Bersentuhan Tak Ada Lapik, Amar Baharin, Siti Elizad Dikecam Netizen

Artikel Berkaitan: Amar Baharin Terkejut Tanah Keluarga Dipindah Milik Tanpa Pengetahuan – “Mak Aku Siap Bayar Cukai Tanah, Macam Mana Tu?

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Janda Anak Empat Tawar Diri Jadi Madu, Ini Respons Siti Elizad – “Kalau Nak Cuba Nasib, Tanya Husband Saya Sendiri”

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Aug 2019

懒男福音!日本超狂商品「伪胸肌垫」穿上身秒变天菜

天下没有白吃的午餐,健壮的肌肉往往都要经过许多的苦练才能练成,不过最近日本却出现了一样神奇发明,堪称是造福广大男性的福音啊

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Pengalaman virtual realiti yang memang gempak!

Trending Tue, 4 Aug 2020

Rebut Peluang Menangi Realme Dengan Cara Ini…

Menang pelbagai hadiah menarik!

Featured Wed, 17 May 2023
Kisah Viral Wed, 11 Dec 2024

Hospital Bersalin Razif Tampil Dedah Kisah Sebenar Isu Jenazah Bayi Dibekukan 16 Hari

Isu jenazah bayi dibekukan 16 hari, Hospital Bersalin Razif dakwa wanita lahir anak luar nikah

Featured Mon, 19 Nov 2018
Events Thu, 8 May 2025
error: Content is protected !!