Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 2, 2024 @ 4:41pm

Sofyank Pasang Impian Buka Syarikat Produksi Visual Khas (VFX) – “Ada Bertukar Idea Dengan Individu Terlibat Dalam Filem Antarabangsa”

Pempengaruh, Sofyank sedang dalam perancangan untuk merealisasikan hasratnya membuka syarikat produk sendiri dalam bidang teknik kesan visual khas (VFX).

Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdulah, 28, sedang mencari individu yang mempunyai bakat serta kemarhiran dalam bidang sama sepertinya.

“Buat masa sekarang ini saya sedang mencari individu yang boleh buat apa yang saya buat, maksudnya di dalam bidang VFX ini. Saya juga sudah menghubungi beberapa orang.

“Kami sedang bertukar idea dan menilai kebolehan masing-masing. Antaranya adalah dengan seorang individu yang pernah melibatkan diri dengan pembikinan filem antarabangsa.,” katanya.

Sofyank berkata demikian ketika ditemui di sidang media TikTok Awards yang berlangsung di The Estate on Federal Hill, Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, pempengaruh yang pernah membuat video bersama pereka kandungan digital terkemuka antarabangsa, Zach King ini sedang dalam proses untuk mengukuhkan kewangan bagi mencapai impiannya membuka syarikat.

“Apabila sudah tiba masa dan mempunyai bajet yang mencukupi saya akan buka syarikat produksi. Saya akan perlahan-lahan buka syarikat tersebut tapi saya tak akan buka syarikat yang besar.

Mungkin akan mulakan dengan konten yang lebih berkualiti daripada yang sebelum ini. Kemudian hasilkan filem pendek dan barulah ke produksi yang lebih besar,” tuturnya lagi.

Sofyank

Sementara itu, Sofyank turut terbuka untuk menerima sebarang tajaan bagi menghasilkan kandungan digital yang lebih menarik dalam masa akan datang, namun dia perlu menilai terlebih dahulu bagi mengelak perkara tidak diingini terjadi.

“Untuk menghasilkan filem yang besar, kami terbuka untuk menerima penaja kerana ia akan menggunakan kos yang tinggi,” katanya.

Sekadar info, Sofyank tercalon dalam kategori Creator of the Year di TikTok Awards 2024 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini.

Selain Sofyank, antara TikTok creator yang turut tercalon dalam kategori sama adalah Ryan Bakery, Che Sayang Kitchen, dan Sofea Shraa.

Siaran langsung anugerah TikTok Awards Malaysia 2024 ini boleh menonton siaran langsung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia di TikTok pada jam 9:00 malam.

TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

Artikel Berkaitan: “Harap Next Year Letak Ryan Bakery & Sofyank Kategori Lain-Lain” – Peminat Harap Sofyank Boleh Menang TikTok Awards Tahun Hadapan!

Artikel Berkaitan: Diberi Masa 4 Minit Untuk ‘Shooting’ & Hanya Guna Platform ‘Zoom’, Ryan Reynolds Terkejut & Puji Hasil Kerja Sofyank 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023

Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Alhamdulillah, sedap nama baby Syura 🥰🥰 Tahniah!

Trending Mon, 27 Nov 2023

Ini Merupakan 5 Gabungan Skincare Baik & Tak Baik Yang Korang Boleh Cuba!

Pemilihan skincare kadang-kadang boleh jadi agak mengelirukan, walaupun dah cuba bermacam-macam produk tapi kulit masih terasa macam tak ada perubahan pun kan? Cuba perhatikan balik skincare routine korang itu, kalau-kalau ada tersilap kombinasi yang mengganggu […]

Hiburan Mon, 9 Oct 2023
Trending Mon, 13 Apr 2020

Ramadan Tahun Ini Sepi Tanpa Bazar Ramadan

Kebenaran ini pahit untuk diterima..

Acara Tue, 31 Jan 2023
Featured Mon, 11 Oct 2021
Featured Fri, 9 Sep 2022

Dapat Tajaan Buat Rawatan Bariatrik, Tetapi Nora Ariffin Menolak Gara-Gara…

Wah siap dapat sponsor lagi.. Eh, tapi kenapa ditolak?

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Lima Ciri Bakal Menantu Idaman Rohana Jalil

“ Saya akui ramai jejaka yang cuba dekati dia. Ada yang handsome, kaya dan banyak kriteria menarik pada lelaki-lelaki itu tetapi nampaknya adik mahu fokus pada kariernya buat masa ini,” jawabnya ringkas.

error: Content is protected !!