Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 10, 2018 @ 4:08am

Selamat Ulangtahun Negarawan Ulung, Tun M!

Mahathir Mohamad, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun M atau Che Det adalah beberapa panggilan atau gelaran dikalangan rakyat buat diri Negarawan ulung ini. Dilahirkan pada 10 Julai 1925 beliau merupakan seorang doktor dan ahli politik Malaysia juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat. Merupakan Perdana Menteri yang paling lama menjawat jawatan tersebut iaitu dari tahun 1981 sehingga 2003.

Jangka masa 22 tahun itu sememangnya meninggalkan kesan yang begitu ketara terhadap pembangunan Malaysia. Tahukah Anda? Bahawa tarikh lahir sebenar beliau adalah 10 Julai 1925, tetapi bapa beliau mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran Perdana Menteri ini sebagai 20 Disember bagi memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.

Tun M bukan sahaja sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai seorang Perdana Menteri tetapi kerana minat, beliau telah menggunakan nama penanya iaitu Che Det untuk menulis beberapa artikel. Dan, artikel pertamanya telah disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai 1947 dengan tajuk “Malay Woman Make Their Own Freedom.”

Kepintaran dan kecekalan beliau dalam mentadbir negara Malaysia turut dipandang tinggi oleh negara-negara luar apabila mengangkat Malaysia menjadi salah sebuah negara berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dilabel sebagai “Harimau Ekonomi Asia”. Malah, pelbagai kejayaan demi kejayaan dicipta oleh pemimpin ini.

Dan siapa sangka susuk seorang lelaki yang digelar Bapa Pembangunan dan Bapa Pemodenan ini masih aktif dan kuat dalam menjaga dan mentadbir negara Malaysia. Diusia 93 tahun, Tun Mahathir Mohamad masih menjalankan tugas hariannya hari ini dengan menyertai kira-kira 160 anggota pentadbiran kerajaan, termasuklah jemaah menteri bagi mengikuti taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

Tun M merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua dan Ketua Negara Tertua di Dunia, suami yang penyayang buat Tun Siti Hasmah, Bapa dan Datuk kepada cucu-cucu yang pastinya berbangga dengan setiap inci pencapaian beliau. Dan sebagai seorang rakyat, kami akan sentiasa mengaguminya sebagai seorang yang tidak pernah lekang dengan senyuman dan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat di pentas dunia. Dan, itu menjadikan Tun M seorang yang sangat special dihati setiap masyarakat Malaysia. 

Selamat Hari Jadi Tun M!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 28 Nov 2018

Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana Dibuka Kepada Orang Awam

Kompleks itu beroperasi pada setiap hari termasuk cuti sekolah, kecuali Jumaat dan hari kelepasan am ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

Drama Tue, 21 Apr 2026

Tampilkan Gandingan Raden Zaharatul Bersama Hafidz Roshdi & Syarul Ezani, Singkap Rahsia Terbongkar Dalam Naskhah ‘Cinta Kedua’

Drama terbaharu Cinta Kedua tampil sebagai naskhah Tonton Eksklusif yang bakal menyentuh emosi penonton menggandingkan lakonan Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi & Syarul Ezani.

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Sang Dewi Versi Misha Omar Buat Ramai ‘Galau’ – “Merintih! Nak Full Cover Please”

Hujan hujan ni bertambah galau min dengar Kak Mitch nyanyi lagu Sang Dewi 🥲🥲

Trending Thu, 23 Apr 2020

Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Pulang Ke Rumah – Perdana Menteri

Semoga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Featured Fri, 8 Jul 2022
Featured Sun, 20 Nov 2022
Featured Tue, 23 Apr 2024
error: Content is protected !!