Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 6, 2024 @ 7:06pm

Amir Ahnaf Datang Konsert Dolla, Ada Hubungan Istimewa Dengan Angel?

Anggota kumpulan Dolla, Angel menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Amir Ahnaf.

Hanya sekadar kawan, kehadiran Amir pada konsert sulung Dolla Re:Birth The Experience yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu lalu mengundang spekulasi.

“Kami hanya kawan. Dia tanya saya, boleh ke kalau datang ke konsert Dolla? Sebagai kawan, sudah tentu saya tidak keberatan untuk mengajaknya dan seorang lagi rakan pelakon, Haziq Dean.

“Jadi saya jemput Amir dan Haziq untuk menyaksikan konsert Dolla secara peribadi. Pada malam itu, mereka datang berdua.

“Selain Amir, kami juga ada menjemput ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat untuk menikmati konsert sulung ini,” katanya kepada XTRA.

Angel ditemui pada sesi ramah mesra usai konsert Dolla Re:Birth The Experience di Universal Music, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Tambah Angel, dia sudah berkenalan dengan pelakon filem Pendekar Awang itu hampir setahun.

“Saya mula mengenalinya ketika sama-sama merakamkan video TikTok untuk mempromosikan sebuah karnival jualan Hari Raya tahun lalu.

“Sejak itu, kami mula berkawan dan dalam masa sama, saya juga berteman dengan barisan pelakon drama Projek High Council yang turut sama menjayakan penggambaran itu,” katanya.

Terdahulu kehadiran Amir ke konsert sulung Dolla mengundang gosip dalam warganet mengenai hubungannya dengan Angel.

Difahamkan, pada malam konsert terbabit, Amir baru saja selesai terlibat sebagai model di Minggu Fesyen Kuala Lumpur dan terus beredar ke konsert Dolla.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Ehem…Siapa R Di Hati Haqiem Rusli?

Ala…sweetnya lahai!

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Mana Ada Orang Bela Saya!!

Senangnya berkata-kata yang ada yang membela diri dan anak-anaknya sedangkan penat berkerja siang ke malam

Hiburan Fri, 6 Mar 2026
Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Isu Putus Cinta…Ini Jawab Mimi Lana

Bagi pelakon Mimi Lana, dia lebih selesa ‘tertutup’ dan tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah peribadi.

Trending Thu, 15 Apr 2021
Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Luahan Perasaan Hael Husaini Dalam ‘Hati’

Wow, ada gerakan baru dalam muzik video kali ni!

error: Content is protected !!