Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 7, 2024 @ 5:30pm

Aliff Aziz Sertai Jemaah Tabligh Bersama Ustaz Taufik Di Singapura – “Doakan Yang Baik-Baik”

Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz dikhabarkan kini sedang aktif mengikuti aktiviti tabligh bersama pendakwah, Ustaz Haji Taufik.

Menerusi muat naik di platform TikTok, Ustaz Taufik berkongsi foto dan video bersama Aliff ketika berada di sebuah masjid terletak di Singapura.

Di ruangan kapsyen, Ustaz Taufik berharap orang ramai untuk terus mendoakan Aliff serta berharap mereka tidak terus menghukum selebriti itu.

“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?

“Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik.

“Ulama beritahu, ‘hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya tetapi mereka yang tersalah memilih suasana,” katanya.

Aliff Aziz

Sebelum ini, Aliff mencuri perhatian ramai yang kini tampil lebih semangat dan seolah-olah bahagia selepas penceraian bersama aktres, Bella Astillah pada 12 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: Berita Kematian Ibu Aliff Aziz Tular, Ini Respons Empunya Badan – “Allah Masih Beri Peluang Untuk Hidup Satu Hari Lagi”

Artikel Berkaitan: Lebih Gembira & Bersemangat, Aliff Aziz Kini Sibuk Belajar Teknik Bowling

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Sheila Majid Bengang Dituduh Bakal Bersara

Penyanyi terkenal ini juga seolah-olah memberi bayangan mahu menyaman pihak tidak bertanggungjawab itu.

Events Thu, 20 Sep 2018

[#WinWithxtra] Win FREE TICKETS to Sunway Lagoon’s Nights of Fright 6

Are you ready for a night filled with thrill and horror?

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Jadi Anak Didik Shiha Zikir, Raes Arifin Lancar Single Debut Jalan Cinta

Penyanyi baharu yang dicungkil bakatnya menerusi sebuah program realiti, Raes Arifin kini tampil dengan single pertama berjudul Jalan Cinta.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Suami Lufya Buat Laporan Polis, Dakwa Imej Tercemar

Selepas memilih untuk tidak mengulas panjang apabila isterinya, pelakon, Lufya Omar kerap membuat kenyataan negatif tentang pergolakan rumahtangga mereka, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum akhirnya membuat laporan polis terhadap isterinya itu. Dr Che Muhammad […]

Featured Fri, 24 Jan 2025
error: Content is protected !!