Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 9, 2024 @ 3:38pm

Pernah Teruk Kena ‘Ragging’, Amir Ahnaf Syukur Dapat Atasi Trauma – “Peristiwa Itu Membentuk Siapa Diri Saya Sekarang”

Pelakon, Amir Ahnaf mengakui pernah menjadi mangsa buli ketika di sekolah berasrama penuh sehingga membuatkan dirinya trauma.

Meskipun teruk dibuli, Amir atau nama lengkapnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin berkata kejadian masa lalu itu berjaya membentuk dirinya menjadi lebih kuat dan lebih mengenali diri sendiri.

“Saya pernah kena buli atau ‘ragging’ di sekolah asrama penuh dari tingkatan satu sampai tingkatan dua. Benda yang dah lepas itu membentuk siapa diri saya sekarang.

“Kalau tak berlaku, mungkin saya bukan seperti ini. Alhamdulillah, saya dapat atasi trauma saya. Lebih kenal diri sendiri.

“Ketika itu saya budak-budak lagi jadi takut kan. Tetapi kalau biar ketakutan itu menguasai diri, nanti kita akan hilang arah tuju,” katanya.

Amir Ahnaf

Amir berkata demikian ketika ditemui dalam satu acara wrap party filem Kahar Kapla High Council di Six In The City, Petaling Jaya, pada Rabu.

Menyedari gejala buli semakin tidak terkawal, Amir bersyukur apabila diberi peluang untuk memainkan peranan sebagai seorang pelakon dalam menyebarkan kesedaran bahaya membuli.

“Kalau saya sendiri yang pernah kena dan tak hadapi trauma itu dengan betul, kita akan turunkan trauma kepada anak kita. Dan anak akan turunkan ke cucu-cucu kita dan generasi seterusnya.

“Maka, sekarang kita akan sebarkan kesedaran menerusi filem. Dengan cara itulah orang akan beringat bahawa cara itu salah. Tuhan tak ajar kita dengan keganasan. Tuhan ajar kita dengan kebaikan. Kebaikan sebenarnya adalah cara yang sangat indah,” katanya.

Amir Ahnaf

Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.

Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.

Sebelum ini, Amir menafikan dirinya sedang menyulam cinta bersama salah seorang anggota Dolla, iaitu Angel.

Artikel Berkaitan: Amir Ahnaf Datang Konsert Dolla, Ada Hubungan Istimewa Dengan Angel?

Artikel Berkaitan: “Saya Dah Anggap Dia Macam Adik” – Nafi Bercinta Dengan Angel, Amir Ahnaf Peminat Dolla!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Featured Wed, 30 May 2018
Featured Thu, 9 May 2024

“Hidup Balik Mangkuk Ni…”- Digelar Geng ‘Secondhand’, Puteri Sarah Minta Bantuan Caprice?

Sipa je yang tak bengang kalau suka hati je nak panggil orang ‘geng secondhand’🔥🔥🔥😡😡😡

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Rindukan Ustaz Adam Dan Nur? Ini Berita Baik Untuk Anda!

“Utk para peminat drama Nur, officially abam would like to announce NUR2 akan masuk set tak lama lagi,” tulisnya dan ditag nama-nama pelakon dan krew yang terlibat di dalam Nur sebelum ini seperti @aamyrarosli @syafiqkylez @khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @elmymoin_ @mathnirazak7 @kunamuzani dan ramai lagi.

Trending Mon, 21 Sep 2020
Featured Wed, 9 Nov 2022

“Motif Saya Nak Cari Jodoh Kat Situ?” – Idris Khan Nafi Main Aplikasi Tinder & Bumble

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble. Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.   […]

Selebriti Tue, 19 Sep 2023
error: Content is protected !!