Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 11, 2024 @ 4:15pm

FUGŌ Tampil Dengan Album Sulung Berjudul “99”, Umumkan Siri Jelajah

Lebih empat tahun berlayar sebagai sebuah band alternatif indie, nama FUGŌ tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat tegar mereka. Karya baharu mereka sentiasa menjadi perhatian memandangkan muzik yang dihasilkan sentiasa ‘up to date’ dan lari daripada kebiasaan.

Muzik yang dibawa oleh FUGŌ adalah campuran dari getaran elektro vintaj dengan bunyian moden dan mengambil pengaruh dari muzik pop lewat tahun 70-an, 80-an, funk, rock moden dan muzik new wave – yang sebenarnya memberikan kesegaran kepada naskhah yang dihasilkan.

Dianggotai oleh tiga anak muda iaitu Hakim Kamal (vokalis dan pemain gitar), Kayrol Ami (pemain bass) dan juga Fai (pemain keyboard), FUGŌ baru sahaja melancarkan album berjudul 99 sebagai ‘tanda rasmi’ kehadiran mereka ke dalam industri.

“Alhamdulillah kami bersyukur kerana album 99 akhirnya menemui peminat setelah berhempas pulas memerah idea untuk menghasilkan yang terbaik kepada pendengar. Album ini bukan sahaja sebagai satu penanda aras kepada FUGŌ selain membuktikan kami serius dalam penciptaan lagu.

“Sebelum ini kami banyak menghasilkan single dan EP sahaja. 99 menjadi saksi kami berjaya masuk ke dunia penerbitan dan belajar banyak perkara baharu. Sebab itu kami mahu peminat mendengar keseluruhan album ini dahulu,” kata Hakim memulakan bicara.

Menyusuri perjalan seni band ini, FUGŌ sebenarnya memulakan langkah dengan menghasilkan lagu Waiting pada Februari 2020. Bertitik tolak daripada itu, mereka turut menghasilkan tujuh buah single dan sebuah EP berjudul FUGŌ yang dilancarkan pada April 2021.

Melihatkan sambutan hangat dan maklum balas positif yang diberikan oleh peminat, mereka akhirnya memberanikan diri menghasilkan album penuh dan meneroka lagu dengan lirik Melayu yang lari dari kebiasaan.

“Sebetulnya banyak lagu yang kami hasilkan sebelum ini menggunakan Bahasa Inggeris. Tapi untuk 99, FUGŌ mencari sisi lain dengan menggunakan lirik berbahasa Melayu sebagai tunjang utama kepada sembilan karya kami.

“Paling menarik perhatian apabila lagu 99 dan Pentas Sandiwara diterima baik oleh peminat. Itu yang membuatkan kami yakin berada di landasan yang betul. Setidaknya kami berjaya menarik peminat baru untuk mengenali FUGŌ,” tambah Hakim mewakili rakan-rakan yang lain.

Bercerita mengenai proses pembuatan album ini pula, mereka telah melalui beberapa peringkat tapisan termasuklah melukis lanskap sonik yang berwarna-warni. Proses tersebut penting untuk mencipta melodi yang ceria dan bersemangat hingga ke balada yang penuh perasaan yang menyentuh jiwa.

FUGŌ juga sebenarnya cenderung menggabungkan elemen muzik nostalgia dan kontemporari sering mencipta daya tarik yang berjaya menambat hati pendengar dari semua peringkat umur dan latar belakang.

Sebagai rekod, album 99 dilancarkan secara rasmi pada 9 Ogos ini dan serentak dengan itu FUGŌ akan memulakan siri jelajah di seluruh negara meliputi empat negeri utama untuk mempromosikan album 99 ini.

Jelajah ini akan bermula pada 17 Ogos di Kedah, 18 Ogos (Perak), 24 Ogos (Johor), 1 September (Pahang) sebelum menutup jelajah di pertunjukan kemuncak mereka di Kuala Lumpur pada 7 September nanti.

Peminat akan berpeluang mendengar album 99 secara persembahan langsung dan boleh juga mendapatkan pelbagai cenderahati eksklusif FUGŌ di kesemua lokasi jelajah.

Album 99 oleh FUGŌ kini tersedia di kesemua platform penstriman digital dan tiket untuk siri jelajah 99 Tour boleh diperoleh melalui https://www.ecrice.my/products/fugo-99-tour-2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Sep 2022

[VIDEO] Didakwa Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun! Bekas Isteri Minta Cliff Umar Tunaikan Janji – “Saya Dah Penat”

Alahai kesiannya dekat anak-anak lebih 10 tahun terabai 😥 Semoga ada jalan penyelesaian!

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Da’i Danial Tak Jangka Tersingkir

Memang tak jangka, tapi peserta berusia 27 tahun ini akur dengan adat dalam sesebuah pertandingan. Kalah atau menang adalah lumrah sesebuah program realiti. Sabarlah ya, Insha Allah ada rezeki lebih baik menanti di luar sana!

Hiburan Sun, 11 Jun 2023

Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota Yang Terakhir?

Memang best gila konsert Ella malam tadi!! Terubat rindu ramai penonton nak dengar Ratu Rock menyanyi live

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Bapa Liza Hanim Meninggal Dunia

Bapa penyanyi Liza Hanim, Abdul Halim Abdul Razak, 73, meninggal dunia akibat kanser di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), sebentar tadi.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Being Compared to Kaer Intimidates Megat Mentor 7

Hoping for the best in his singing!

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

“Takut Beri Kesan Kepada Bayi” – Elyana Gugur Kandungan

Elyana mengakui amat sedih kerana terpaksa menggugurkan kandungannya itu kira-kira dua minggu yang lalu

Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Sun, 2 Apr 2023
error: Content is protected !!