Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 13, 2024 @ 4:59pm

Lee Zii Jia Hadiahkan Raket ‘Bronze Medal’ & Bulu Tangkis Olimpik 2024 Pada Alisa, Hairul Azreen Nak ‘Frame’!

Pemain badminton tersohor negara, Lee Zii Jia mencuri perhatian ramai selepas dia menghadiahkan raket dan ‘shuttlecock’ (bulu tangkis) kepada anak pelakon, Hairul Azreen iaitu Alisa Aisyah.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Lee Zii Jia berkata raket dan shuttlecock itu dipakai semasa berentap di Sukan Olimpik Paris 2024 sehingga merangkul pingat gangsa.

“Ini bronze medallist punya perlawanan. Ada dua raket tapi salah satunya adalah ini, sudah pasti,” katanya.

Lee Zii Jia

Teruja dan terharu dengan hadiah tersebut, Hairul berkata dia mahu membingkaikan raket atlet berusia 26 tahun itu.

Dalam muat naik sama juga, Alisa menunjukkan hadiah bulu tangkis pemberian Lee Zii Jia yang bertulis ‘Paris 2024’.

Sebelum ini, kehadiran Lee Zii Jia ke rumah Hairul dan isterinya, Hanis Zalikha demi memberi kejutan pada Alisa menjadi sorotan ramai di media sosial.

Bukan itu sahaja, ketika perlawan Lee Zii jia di Olimpik Paris 2024, anak perempuan kedua pasangan selebriti itu dilihat memberi sokongan kepada pemain badminton perseorangan negara yang diminatinya itu.

Lee Zii Jia membawa pulang pingat gangsa dalam kategori perseorangan lelaki menentang pemain India, Lakshya Sen.

Artikel Berkaitan: Pengulas Sukan Kongsi Momen Manis Bersama Atlet Badminton Negara, Paling ‘Rare’ Bila Lee Zii Jia Tawar Diri Beli Tiket Flight Ke Olimpik LA 2028!

Artikel Berkaitan: “First Time Tengok Joke Macam Ni” – Gara-Gara Lakon Babak Seperti Di Syurga & Backup Lee Zii Jia, Izara Aishah Dikecam Warganet

Artikel Berkaitan: Video Kritik Lee Zii Jia Tular, Pengulas Sukan Terima Komen Kasar… Siap Sebar Aib Keluarga!

Artikel Berkaitan: Momen Lee Zii Jia Peluk Wartawan Undang Sebak, Netizen Komen: “Berjurai Air Mata, Thank You Selalu Ada Dengan Mereka”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Thu, 21 Feb 2019

Muaz Kool FM Timang Anak Kedua, Tahniah!

Emirza dah jadi Abang Long!

Trending Fri, 13 Dec 2019

Peguam Dengan Doktor Bergaduh ,12 Maut

12 individu termasuk pesakit kritikal dilaporkan terkorban dalam serangan

Hiburan Sun, 31 Dec 2023

Bukan Senang Nak Istiqamah, Umie Aida Ingatkan Artis Jangan Tinggalkan Akhirat – “Kalau Fokus Indusri Sahaja, Kita Goyang”

Terima kasih Datin Seri Umie Aida buka peluang kita beramal dan mencari ilmu melalui Musollah Aisya, Alhamdulillah🤲🏻

Featured Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Tahniah! Anne Ngasri Timang Anak Kelima

Syukur Alhamdulillah…tahniah buat Datin Anne sekeluarga.

Hiburan Fri, 17 May 2019

‘Kalau Boleh Nak Yang ‘Evergreen’- Kaka Pening Pilih Nama Anak

Saya sudah membuat imbasan jantina kandungan cuma buat masa ini hanya ibu mertua sahaja yang tahu jantina bakal anak.

Hiburan Sat, 11 May 2024
Trending Sat, 20 Feb 2021

PdPR Menerusi DidikTV, Adakah Ia Membantu? Ini Komen Guru-Guru

DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan inisiatif yang baik dalam sistem pendidikan negara dan berfungsi sebagai platform penting bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Program pendidikan maya melangkaui bilik darjah menerusi DidiKTV KPM ini juga […]

error: Content is protected !!