Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 14, 2024 @ 1:30pm

“Saya Masih Tak Boleh Terima Apa Yang Berlaku” – Azizulhasni Awang Bakal Pertimbang Hasrat Untuk Bersara

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengumumkan bakal mempertimbangkan semula keputusan persaraan selepas insiden yang menimpanya di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, dia meminta sedikit ruang dan masa untuk berbincang dengan keluarga.

Katanya memetik laporan Berita Harian, apa yang berlaku baru-baru ini adalah perkara yang paling tidak diingini apatah lagi seluruh rakyat Malaysia kesal dengan keputusan tersebut.

“Saya masih tak boleh terima sepenuhnya apa yang berlaku kerana kebiasaannya kalau saya kalah dalam perlumbaan, saya masih boleh ekspresikan lagi kekuatan dalam perlumbaan saya… itu saya boleh terima.

“Tapi ini (di Paris 2024), saya tak dapat buat apa-apa, saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kalau kita sebagai atlet ini, kita makan, tidur kita, kita hidup untuk sukan, untuk negara.

“Bahkan saya sendiri pun, saya letakkan keluarga saya nombor dua… apa-apa memang sukan dulu, saya cuti pun saya masih lagi berlatih. Saya fikir untuk Olimpik,” katanya.

Artikel Berkaitan: Kemungkinan Wujud ‘Double Standards’, Diskriminasi Terhadap Azizulhasni Awang?

Artikrl Berkaitan: Pacer Bergerak Perlahan… Azizulhasni Awang Jelas Keadaan Sebenar – “Saya Dihimpit Pelumba Perancis, Hampir Jatuh”

Artikel Berkaitan: Azizulhasni Awang Disqualified! Tidak Beraksi Dalam Repechages… Netizen Luah Rasa Kecewa – “This Is So Heartbreaking!”

Menganggap apa yang berlaku pada 10 Ogos lalu sebagai perkara di luar kebiasaannya,  Azizulhasni atau lebih dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman ini berkata, sukan berbasikal akan terus menjadi keutamaannya.

“Saya perlukan masa untuk duduk bersama keluarga, kosongkan fikiran saya daripada apa yang berlaku. Apa yang berlaku ini, di luar kebiasaan dalam karier saya tetapi bagi saya, mereka tahu, kalau saya berhenti pun saya masih akan aktif dengan sukan terutama berbasikal.

“Akan terus berkayuh tetapi paling penting, kalau mereka perlukan bantuan saya, kalu Shah perlukan rakan sepelatih, bantu dia atau ada pelumba muda mahukan rakan sepelatih, saya boleh pertimbangkan,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Azizulhasni usai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Terdahulu, laporan mengenai pembatalan penyertaannya dalam pusingan pertama acara Keirin Perseorangan Lelaki mengejutkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya harapan untuk meraih pingat emas dalam acara itu gagal.

Artikel Berkaitan:“Pulanglah Dah Empat Bulan Anak-Anak Tak Jumpa Abi” – Isteri Azizulhasni Awang

Artikel Berkaitan:“Baton Telah Diserah, Teruskan Perjuangan, Shah Firdaus” – Azizulhasni Awang

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Oct 2019

“Rise and Shine”, Kylie Jenner Made Twitter Woke On Her Talent

In 2019, we stan Kylie’s talent! Stop sleeping on her!

Hiburan Thu, 20 Feb 2025

Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”

Ellie Suriaty kesal video parodi Imran Bard jejaskan reputasi didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah

Hiburan Tue, 8 Apr 2025

Rakan Jadi Saksi Shuk Sahar Berhempas Pulas Cari Rezeki Sampai Lewat Malam 

Shuk Sahar terharu ada ‘keluarga’ di Singapura tampil pertahankannya

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Mafarikha Beri Inspirasi Kongsi Wajah Dahulu Dan Sekarang

Walaupun zaman sekarang kelihatannya golongan remaja sangat menitikberatkan penampilan sehingga ada yang obses dengan penampilan artis Korea, namun bagi Mafa apa yang penting adalah sentiasa memanfaatkan usia muda mereka.
 

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

One FM DJ「JIO你」一起当唱K Kaki!

One FM 唱K大聚会!想要和One FM DJ一起扮靓、一起唱K吗?那就千万不要错过这个机会。

Trending Thu, 19 Jun 2025
error: Content is protected !!