Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 14, 2024 @ 5:28pm

“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

Pempengaruh dan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania enggan diwawancara ketika ditemui di Majlis Pelancaran Sun Spectrum oleh Avenys, pada Rabu.

Marissa yang hadir ditemani suami, Ahmad Aslam tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan sedang hamil anak sulung seperti yang heboh di media sosial.

Terharu ramai mengambil berat, Marissa meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya.

“Terima kasih yang doakan baik-baik. Itu sahaja yang saya boleh cakap,” katanya.

Marissa dan Aslam berkata demikian ketika ditemui di pelancaran produk Avenys Sun Spectrum di Bamboo Hills, sebentar tadi.

Sementara itu, Aslam turut mengunci mulut dan memaklumkan tiada apa yang mahu dikongsi.

“Tak ada apa nak share (kongsi),” katanya.

Julai lalu Marissa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua apabil baby bump kelihatan di sebuah majlis.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.

Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

Artikel Berkaitan: “Macam Ada Isi Je…” – Penampakan Baby Bump, Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

Artikel Berkaitan: Nama Semakin Popular Gara-Gara Marissa Dania? Ini Respons Umisya Mazlan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Nov 2021

“Terima Kasih Kak Ana 16 Tahun Dengan Kami” – Sebaknya! Satu Keluarga Menangis Tak Sanggup Lepaskan Pembantu Rumah

Ramai rakyat Malaysia menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing untuk meringankan beban menjaga anak, menguruskan rumah dan sebagainya. Namun, sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembantu rumah itu ikhlas dan telus, malah lama kelamaan ia pasti […]

Trending Sun, 19 Nov 2017

Kereta Api Bergerak Awal 20 Saat, Tsukuba Express Mohon Maaf

Tsukuba Express Mohon Maaf keran keretapi berlepas awal 20 saat dari yang dijadualkan

Trending Mon, 12 Nov 2018

Pramugari Redakan Tangisan Bayi Dengan Memberikan Susu Badannya. Baiknya Dia!

Seorang bayi kehabisan susu formula, akhirnya tidur lena selepas Patrisha memberikan susu badannya.

Trending Fri, 20 Nov 2020

Hati Lagu Terbaik Episod Pertama SFMM35

Siapa yang korang rasa bakal bergelar AJL?

Featured Sat, 1 Jan 2022

Bantuan Sehingga RM56,000 Buat Mangsa Banjir – PM

Baguslah ada bantuan macam ni at least kurangkan beban mangsa banjir yang terkesan teruk

Kisah Viral Fri, 15 Sep 2023
error: Content is protected !!