Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 15, 2024 @ 5:32pm

Alami Alahan Teruk, Almy Nadia Kongsi Berita Gembira… Hamil Anak Kelima

Pasangan pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia berkongsi berita gembira kepada peminat apabila memaklumkan dia bakal menimang cahaya mata yang kelima dan usia kandungannya juga kini sudah mencecah lapan bulan.

Memetik laporan Harian Metro, Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah berkata, dia tidak tahu sedang berbadan dua sehinggalah pulang dari mengerjakan umrah.

Malah, berkongsi mengenai kehamilannya, Almy menjelaskan kehamilan kali ini sangat mencabar memandangkan dia mengalami alahan yang sangat teruk.

“Alhamdulillah, saya dapat tahu hamil kira-kira dua bulan selepas kami kembali dari umrah.

“Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan. Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar.

“Saya juga alami alahan yang teruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini,”  katanya.

Reda dengan rezeki Allah

Mengulas mengenai jantina, pelakon filem Nana Tanjung ini tidak meletakkan harapan dan hanya berserah dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan untuk mereka.

Bahkan, berita kehamilannya juga dirahsiakan daripada keluarga sehinggalah usia kandungan mencecah empat bulan memandangkan pada ketika itu berat badannya juga mencecah sehingga 120 kilogram.

“Saya tidak buat pemeriksaan jantina bayi kerana tidak mahu berharap untuk dapat anak lelaki,  takut kecewa nanti.

“Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna.

“Ahli keluarga kedua belah pihak pun hanya dapat tahu bila usia kandungan nak masuk empat bulan,” jelasnya.

Sekadar info, Almy dan Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8,  Nur Afrina Ayra, 6, Nur Afrina Aisyah, 3.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

约定你12月10日《原制原创大满秀》槟城站!

由ntv7、八度空间以及网络电视tonton主办的2017年《原制原创大满秀》第二站,将于12月10日,早上7时至中午12时在槟城占领土库街盛大举行!

Featured Thu, 15 Sep 2022

Finaz Yunus Minta Individu ‘Tinggal’ & ‘Cabut’ Gelaran Agamawan – “Kalau Tak Mampu Kawal Nafsu, Cari Kerjaya Lain”

Somehow ada betul apa yang Finaz cakapkan ni… ‘Title’ tu tanggungjawab yang besar bukan sekadar populariti 😌

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

E! News Digs Indonesian Singer-Songwriter Tulus’ Secrets to Staying Primed

Another week, another hot episode from E! News! And just like how they on do every Monday, E! News is bringing you the latest news in fashion and beauty. In this week’s episode, an Indonesian […]

Featured Wed, 19 Mar 2025

Gagal Tahan Sebak, Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Abang Viva… Enggan  Buka Aib – “Saya Hargai Dia”

Kata Eva, dia dan abang Viva atau nama penuhnya, Azwan Omar tidak bermusuh apatah lagi mahu membuka aib-aib masing-masing di media sosial.

Hiburan Mon, 20 Jan 2025

Harap Kemelut Perkahwinan Berakhir Tanpa Sengketa, Hafiz Suip Mahu Berpisah Cara Baik

Hafiz Suip enggan memberi komen panjang mengenai situasi rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah

Hiburan Fri, 19 Nov 2021

2 Kali Lafaz, Haqiem Rusli Kini Bergelar Suami… Netizen Terpesona Lihat Kecantikan Isteri – “Umur 19 Tahun, Comelnya”

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular, Haqiem Rusli, 23, sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19. Merpati dua sejoli ini selamat bernikah di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira […]

Hiburan Fri, 3 May 2019

‘Saya Tak Boleh Bau Benda Wangi’- Elfira Loy Kongsi Pengalaman Hamil

Tambah Elfira, dia juga berdebar untuk merasai pengalaman pertama berpuasa sebagai wanita hamil.

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Walau Berdua, Projek Lagu Baru Kool Masih On!

Kool bakal mengadakan sebuah showcase di Golden Palace, Restoran D’Saji Titiwangsa pada 25 April ini.

error: Content is protected !!