Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 15, 2024 @ 1:21pm

Sayu! Rakan Baik Kongsi Video Terakhir Dengan Arwah Nidza Afham – “Kita Dah Janji Nak Berkumpul Balik…”

Berita kehilangan penyanyi, Nidza Afham bertukar menjadi tragedi menyayat hati apabila dia ditemui tidak bernyawa di sekitar Jambatan Sungai Klang, malam tadi.

Abang kepada penyanyi, Aufahanie itu dipercayai terbabit dalam kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai, manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar bersama kekasih tersimpan rapi dalam dompetnya.

Terkesan dengan pemergian Afham, rakan baik kepada bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu memuat naik sebuah video memaparkan momen terakhir mereka bersama.

Video tersebut menunjukkan Afham dan rakannya itu berada dalam kereta sambil mendengar lagu nyanyian allahyarham berjudul ‘Rindu Setengah Mati’.

“Am (panggilan Afham), ini video last kita Am.. Kita dah janji kan nak berkumpul balik semua sama-sama nanti. Allahuakbar! Ramai sayang kau Am, aku sayang kau!,” katanya.

Nidza Afham

Dalam pada itu, rakannya yang menggunakan akaun TikTok @mat_thado itu mendoakan Afham berada dalam kalangan orang beriman.

“Bahagian kau dah selesai Am, Al-fatihah Nidza Afham. Semoga kau tergolong dalam kalangan orang yang beriman, amin Insya-Allah,” tulisnya.

@mat_thado

AM ! ni vid last kita am ! kita dah janji kan nak kumpul balik semua sama” nanti ! Allahu😔 bahagian kau dah selesai am. Alfatihah NIDZA AFHAM🤲🏻 semoga kau tergolong dikalangan org” yg beriman aamiin insyaaAllah. ramai sayang kau am ! AKU SAYANG KAU AM ! innalillah😔🤍 #prayfornidzaafham #thadohere

♬ Rindu Setengah Mati – Nidza Afham

Menurut kakak sulungna, Irfahanie memaklumkan jenazah Allahyarham Afham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam selepas waktu zohor.

Sebelum ini, Afham dikatakan keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangan disedari ahli keluarga sekitar jam 9 malam semalam.

Artikel Berkaitan: “Bahagialah Di Syurga Firdausi”- Aufahanie Sifatkan Arwah Seorang Abang & Anak Yang Baik

Artikel Berkaitan: “Setakat Ini Tak Tahu Ada Kecederaan Atau Tidak” – Kakak Sulung Arwah Nidza Afham Harap Proses Bedah Siasat Lancar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Mar 2026
Events Sat, 18 Jun 2022

“Lepaih Ni Turn Depa Pulak” – Tayang Bakal Menantu? Cantiknya Kekasih Anak Che Ta!

Sama cantik sama padan min tengok depa ni 😍 Mak mentua dengan bakal menantu pun segak kemain nampak seiras pulak tu 🥰

Featured Fri, 15 Nov 2024

Enggan ‘Personal Shopper’ Guna Foto Miliknya Untuk Jual Bag, Elfira Loy Titip Pesanan – “Nanti Orang Tertipu Dia Bukan Cari PS, Dia Cari Saya”

“Walaupun bukan salah saya, tapi saya malas nak ada sakit kepala orang mengadu pada saya.” – Elfira Loy

Trending Tue, 3 Apr 2018

大号一半门口突然爬进「陌生小孩」他认真问……

上厕所大概是每个人最无助的时候,毕竟裤子都脱了,你也很难做出反应。日前美国一位男子安德鲁(Andrew)在外上大号时,却遇到一个小男孩突然爬进来,让他吓了一跳,而对方天真的说……

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Trending Mon, 26 Feb 2018

TWEET BERBAUR LUCAH, ALAHAI WANITA SEKARANG!

Ada yang ‘sama naik’ dan ada juga yang mengecam perbuatan wanita itu. Apapun, admin harap awak sebagai seorang wanita, jaga adab dan maruah ya dik!

error: Content is protected !!