Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 18, 2024 @ 8:38am

Cabar Diri Bintangi Teater, Riena Diana Mengaku Gementar

Pelakon jelita, Riena Diana mengaku dirinya gugup untuk beraksi di pentas teater.

Mencabar diri membintangi naskhah Andak Bertandak terbitan Mask Team, pelakon drama Kampung People ini gementar kerana kurang pengalaman.

“Pada mulanya, saya takut hendak buat teater. Ketika Mask Team buat tawaran, mereka beritahu semua pelakon hebat-hebat.

“Apabila dengar nama Ellie Suriaty, Azhan Rani dan sebagainya, saya fikir hendak cabar diri dan perbaiki prestasi,” katanya.

Riena ditemui pada sidang media teater Andak Bertandak di Mafioso Ampang, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Riena mahu menggunakan kesempatan yang ada bekerjasama dengan ramai pelakon hebat untuk menimba pengalaman serta ilmu baharu dalam bidang lakonan.

“Saya nak gunakan pentas teater ini sebagai peluang untuk menuntut ilmu daripada mereka yang berbakat. Bukan senang hendak berlakon dengan nama hebat, barisan bintang yang menghiasi Andak Bertandak bukan calang-calang.

“Syukur Alhamdulillah, mereka sangat membantu dan banyak berkongsi ilmu. Saya jadi selesa dengan mereka. Saya rasa sangat kecil tapi mereka buat saya sama dengan mereka,” katanya lagi.

Pelakon drama bersiri Wanita Syurga itu terbabit dengan pementasan teater Andak Bertandak yang akan dipentaskan selama empat hari mulai 29 Ogos ini di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Pementasan teater Andak Bertandak diarahkan Azhar Zainal dengan skrip dihasilkan Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Selain Riena, teater ini membariskan Azhan Rani, Ellie Suriaty, Fadhli Masoot, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha dan Razman Mahayuddin.

Teater Andak Bertandak berkisarkan mengenai kehidupan keluarga Andak dan masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab munasabah.

Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.

Biarpun bergenre farce comedy, teater Andak Bertandak diharap mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton.

Layari www.cloudjoi.com untuk informasi lanjut atau pembelian tiket teater Andak Bertandak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Intan Najuwa Bengang Dengan Netizen!

Jaga tepi kain sendiri dah lah ye!

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Wed, 17 May 2023
Hiburan Fri, 21 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Bakal Berentap Di Pusingan Akhir Pentas Da’i Musim Ke-6?

Pastinya, pusingan separuh akhir pentas pencarian pendakwah nusantara musim ke-6 pada minggu ke-10 ini nyata akan memberikan persaingan sengit diantara barisan pendakwah kita.  Mana taknya, kalau pada minggu lepas sahaja juri telah mengeluarkan kenyataan mahu […]

Featured Mon, 28 Feb 2022

Seramai 407, 097 Calon SPM Jalani Ujian Bertulis Bermula 2 Mac Ini

Semakan boleh dibuat menerusi laman web rasmi LP KPM

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Elfira Loy Kongsi Ciri-Ciri Si Tunang Pilihan Hati

Tak sabar rasanya nak tengok El kahwin!

Trending Tue, 11 Sep 2018

Netizens Grieve Death of Char Kuey Teow Cook Aunty Gemok

Who’s gonna cook the delicious char kuey teow now? 🙁

error: Content is protected !!