Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 19, 2024 @ 7:55pm

Kakak Dedah Sifat Mulia Allahyarham Nidza Afham  – “Sentiasa Dahulukan Umi, Tak Pernah Berhutang, Hanya Mengharap Pada Allah…”

Kakak penyanyi, Allahyarham Nidza Afham, 23 iaitu Irfahanie berkongsi antara 17 sifat dan keperibadian adiknya itu yang mahu dicontohinya.

Menerusi muat naik di platform Threads, Irfahanie menyifatkan Ahfam seorang anak yang taat dan mendahului ibunya, Irni Yusnita Istihat, 54, dalam semua perkara.

Bukan itu sahaja, arwah yang juga merupakan abang kepada penyanyi, Aufahanie ini juga seorang yang tidak mempunyai bebanan hutang serta rajin memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

Berikut merupakan antara keperibadian bekas peserta I Can See Your Voice musim ketiga itu yang dikongsikan oleh Irfahanie.

Nidza Afham

“Hari ini sebelum mula bekerja, saya nak senaraikan sifat Am (nama panggilan Afham) yang semoga saya akan ikut dan boleh jadi sebaik itu.

“Dahulukan Umi dalam semua perkara. Memang dia yang jaga Umi sampai akhir hayat dia.  Tak terlibat dalam gosip atau drama.

“Sentiasa menolong orang, tak pernah cakap tidak.  Mengelak hutang, dia pergi tanpa ada hutang. Tak suka minta tolong mahkluk, banyak mengharap pada Allah saja.

“Tak pernah meminta-minta. Ayah kata last dia minta tolong masa belajar dulu hal rumah sewa. We miss you always Am, banyak lagi nak tulis,” katanya.

Nidza Afham

Pada 14 Ogos lalu, mayat Allahyarham Afham ditemui di sekitar Jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam oleh pemancing selepas dilaporkan hilang apabila keluar berjogging diStadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata kes kematian membabitkan Nidza Afham diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan: Kes Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Malam Berinai Izara Aishah Tema Bollywood

Malam berinai Izara Aishah tema bollywood meriah dan dikongsikan oleh Datuk Siti Nurhaliza sendiri di Instagram nya

Featured Fri, 26 May 2023
Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Events Tue, 18 Feb 2025

Salah Umum Persembahan Terbaik Milik Aina Abdul Selama 4 Tahun Berturut-Turut, Naz Rahman Mohon Maaf

Naz mengaku kesilapan yang dilakukan dan menjelaskan ia berlaku akibat kegemuruhan mengejar masa.

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

‘Terima Kasih Wawa’- Aeril Zafril Doa Isteri Terus Setia Di Sisi

Pada usianya sekarang, saya melihat banyak peningkatan dalam diri Wawa terutama dalam perniagaan yang diusahakan.

error: Content is protected !!