Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 22, 2024 @ 5:11pm

Anggap Masalah Mental Berpunca Dari Media Sosial, Amir Jahari  Mohon Individu Dapatkan Rawatan Profesional – “Anda Tak Akan Dapat Jawapan Dari TikTok”

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari menitipkan pesanan buat mana-mana individu yang mengalami masalah kesihatan mental agar mendapatkan rawatan segera daripada golongan profesional.

Katanya ketika ditemui XTRA, golongan ibu bapa adalah fasa pertama dimana masalah mental ini dapat diatasi, namun mereka perlu lebih terbuka dan tidak terlalu menekan anak-anak dalam setiap keputusan yang diambil.

“Anytime bila ada anak-anak yang rasa down, anytime you have that thougts dan anda rasa pelik dengan diri sendiri tolong lah…call lah pihak yang sepatutnya. Cari profesional help, tolong hubungi orang terdekat, boleh hubungi MIASA (Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental) atau terus pergi hospital.

“Sebab anda tidak akan dapat jawapan dekat TikTok, anda tidak akan dapat jawapan dari sosial media. Benda ni anda akan dapat dari psikiatri sebab anda takkan faham psikologi. They learn this and they know how to solve and control this,” katanya.

“Benda ni dekat generasi baru bahaya sebenarnya, sebab bagi saya Islam sekarang ni dekat kad pengenalan (IC) sahaja. Islam tu hanya kita belajar dekat sekolah dan kita tak amalkan.

“Jadi benda tu adalah satu kerisauan dari zaman dahulu lagi. So, it backs to parents. Sebab, anak selalu akan ikut mak tak kisahlah dia anak lelaki atau perempuan. Kalau mak dia okay inshaa-Allah anak dia okay. Benda ni berbalik kepada parents untuk belajar lagi bagaimana nak jadi ibu bapa.

“Mental Illness ni saya sedar banyak terjadi disebabkan sosial media juga. Bila budak nak membesar their need pengetahuan, mereka perlukan perhatian anda dan bila mereka kekurangan perhatian, mereka akan buat perkara tu disebabkan mental mereka lemah.

Amir atau nama penuhnya, Mohamad Amirullah Jahari, 32, berkongsi perkara itu ketika ditemui pad amajlis pelancaran album baharunya berjudul ‘Kembali’ di The Curve, Petaling Jaya pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Jahari (@amirjaharimuzik)

 

Dalam pada itu, pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) itu berkata, faktor sekeliling juga memainkan peranan apatah lagi masyarakat pada hari ini meletakkan kebergantungan dan meluangkan masa mereka lebih terhadap media sosial.

“Malaysia pun baru merdeka 67 tahun, kita punya sistem masih lagi ‘baby’ berbanding negara-negara eropah, Japan dan sebagainya.

“So, in terms of falsafah dan education masih lagi sangat-sangat kebelakang.  Saya tahu kerajaan juga sekarang banyak melakukan inisiatif ke arah itu.

“Mental Illness ni saya sedar banyak terjadi disebabkan sosial media juga. Bila budak nak membesar their need pengetahuan, mereka perlukan perhatian anda dan bila mereka kekurangan perhatian, mereka akan buat perkara tu disebabkan mental mereka lemah,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Feb 2025

[VIDEO] Uqasha Senrose Geram Ada Yang Nak Try Kamal Adli, Siap Tanya Soalan: ‘Dah Jadi Janda Ke?’

Uqasha Senrose live dengan Kamal Adli, tepis dakwaan rumah tangga bergolak

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Izzue Islam Kini Bergerak Solo

Paling utama, doakan saya dan anggota Forteen yang lain berjaya di bidang kerja masing-masing.

Trending Sun, 1 Aug 2021

ICSYVMY4 Bakal Melabuhkan Tirai Malam Ini, Boleh Ke Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar?

Tiga minggu berturut-turut, artis jemputan I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) iaitu Ruffedge, Azlan Typewriter dan Adira Suhaimi gagal dalam percaturan mereka untuk mengenal pasti penyanyi sebenar. Namun begitu, pada episod minggu lalu, […]

Events Fri, 30 Nov 2018
Hiburan Mon, 14 Apr 2025
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Tue, 4 Sep 2018

26 Foto Ini Menunjukkan Kenapa Ramai Orang Merindui Barack Obama

Dia memang satu dalam sejuta, susah nak cari pengganti.

Featured Fri, 10 Dec 2021

Mengaibkan Dengan Niat, Polis Buru 4 Individu Persenda OKU

Dah buat kenalah bertanggungjawab ye dak?

Hiburan Sat, 22 Jun 2024

Konsert Solo Terakhir Awie: Kombinasi Monolog Dan Persembahan Teatrikal Rai 30 Tahun Perjalanan Karier Seni

Konsert ‘Journey’ Awie yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024 ini meraikan perjalanan 30 tahun Datuk Awie di dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo. Penonton bakal disajikan […]

error: Content is protected !!