Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Nabihah August 22, 2024 @ 2:28pm

RASA ‘FLAGSHIP’ HARGA MIDRANGE!!! Siri HONOR 200 Ciri-Ciri AI Canggih Dengan Spek Fotografi Unggul!

Ada berita baik bagi penggemar selfie dan fotografi! Korang tahu tak, HONOR 200 dah ada dipasaran Malaysia? Ala, telefon pintar dengan inovasi kamera terkini untuk tahun 2024?

Tidak hanya memiliki keupayaan kamera yang menakjubkan dengan teknologi pintar, telefon ini juga mempunyai rekaan elegen dengan pilihan warna pelbagai selain tahan lasak.

Kamera potret seperti kamera studio.

HONOR 200

Salah satu ciri menarik HONOR 200 adalah sistem kameranya yang canggih.

Bayangkanlah korang boleh ambil gambar secantik di studio walaupun hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Tak ke best tu?

Sistem kamera hasil kejuruteraan bersama HONOR dan Harcourt Studio ini memiliki sensor H9000/IMX906 yang eksklusif untuk kamera depannya membolehkan gambar selfie korang tampil memukau tanpa perlu sebarang editing.

Bukan itu sahaja, HONOR 200 adalah telefon pertama yang dilengkapi dengan Sony IMX 856 Tele Camera sensor. Dengan ini, korang boleh ambil gambar jarak jauh dengan kualiti HD.

Dilengkapi dengan tiga kamera utama 50MP, HONOR 200 menyediakan tetapan 23 level bokeh yang membolehkan korang cipta latar belakang yang artistik dan menawan dalam setiap gambar.

Selain itu, HONOR 200 turut menggunakan sistem Dual OIS (Optical Image Stabilization) yang membolehkan gambar yang korang ambil lebih fokus. Getaran tangan sama sekali tidak akan menyebabkan gambar dan video yang korang ambil menjadi kabur.

Beri Pengalaman Luar biasa dengan pelbagai ciri AI!

HONOR 200

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Menariknya, HONOR 200 turut memiliki fungsi AI Eraser untuk membantu pengguna menghilangkan objek yang tidak diinginkan dalam gambar dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan.

Ini memudahkan korang untuk edit gambar sekaligus mendapatkan gambar seperti yang korang ingini.

Dilengkapi dengan Magic AI Experience yang luar biasa, HONOR 200 menyediakan pelbagai lagi ciri-ciri pintar terkini dan eksklusif:

  • Magic Portal: Memberikan pengalaman interaktif yang menakjubkan, seolah-olah korang melangkah ke dunia digital yang baru.
  • Smart Folder: Membantu menguruskan aplikasi dan fail dengan bijak dan mudah.
  • AI Natural Tone 2.0: Memberikan paparan warna yang terang tapi dalam masa yang sama tidak menyakitkan mata.
  • AI Motion Sensing Capture: Mengambil gambar secara automatik apabila ada pergerakan.
  • Blurry Privacy Info: Melindungi maklumat sensitif dalam gambar dengan mengaburkannya.
  • Magic Capsule: Ciri tambahan yang memberikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan.
  • AI Air Gesture: Mengawal telefon hanya dengan menggerakkan tangan tanpa sentuhan pada skrin.

Spesifikasi hebat dengan teknologi terkini.

HONOR 200

Tidak akan mengecewakan korang, HONOR 200 di datangkan dengan spesifikasi  premium.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh 5200mAh silicon-carbon battery.

Walaupun saiznya nipis, namun ianya mampu memiliki daya tahan selama lebih 8 jam tanpa penggunaan berterusan.

Tempoh pengecasan juga lebih singkat dengan pilihan kabel pengecasan 66W atau 100W.

Kalau korang nak yang lebih efisien dan pantas korang boleh dapatkan kabel pengecasan 100W Super Charge. Sumpah berbaloi!

HONOR 200

Ciri Risk Free Eye Protection Screen pula memastikan mata korang dilindungi daripada sinar biru, menjadikan HONOR 200 lebih selesa untuk jangka masa panjang.

Jangan risau HONOR 200 dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 3. Oleh itu, korang tak perlu risau tentang prestasinya.

Kalau nak yang lebih power, korang boleh dapatkan HONOR 200 Pro kerana ia menggunakan HONOR exclusive C1 RF Chipset dan Snapdragon 8s Gen 3. Min jamin memang tiptop habis!

Jadi, jika korang mencari telefon pintar yang menggabungkan teknologi terkini dengan reka bentuk yang menarik dan kamera yang luar biasa, HONOR 200 mungkin adalah jawapannya.

Dengan pelbagai ciri eksklusif dan spesifikasi hebat, HONOR 200 bukan sahaja memenuhi keperluan harian tetapi juga memberikan pengalaman premium dan seronok ketika menggunakannya.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki HONOR 200 yang penuh dengan inovasi ini pada harga RM1,899 (12+256GB), RM 2,199 (12+512GB) dan RM2,699 untuk HONOR 200 Pro.

Layari Facebook dan instagram HONOR untuk maklumat lanjut mengenai siri HONOR 200!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Nov 2024
Gaya Hidup Fri, 20 Dec 2019

Hari Keganasan Terhadap Wanita Sedunia: Apa wanita Malaysia perlu tahu?

Ketahui juga masalah keganasan terhadap wanita di negara lain

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
LIFESTYLE Mon, 1 Apr 2019

6种食物「越冰越毒」你放了几样?

冰箱对一般人而言,是保存新鲜食物的好地方,但是这种做法却未必适用所有食物……

Featured Wed, 24 Feb 2021

Tarikh Tutup Pendaftaran BPR 2021 Dilanjutkan Sehingga…

Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini yang dibuka sehingga 15 Februari 2021, kini dilanjutkan sehingga 25 Februari esok. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, […]

Hiburan Sat, 14 Jan 2023

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Afifah Nasir Selesa Tidak Dedahkan Kekasih

Pelakon Afifah Nasir tampil membuat pendedahan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Afifah, setakat ini dia masih belum mempunyai sebarang tarikh yang tetap untuk melangsungkan perkahwinan tersebut kerana kesibukan bekerja. “Itu saya […]

Trending Mon, 21 Dec 2020
Trending Tue, 18 Aug 2020

Berkelulusan Universiti Princeton, Kerabat Pahang Ini Dikagumi Ramai

Baginda juga seorang yang mementingkan privasi..

error: Content is protected !!