Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 23, 2024 @ 4:13pm

Tak Putus Harapan, Iqram Dinzly Nak Kahwin – “Teringin Juga Tengok Hasil Sperma & Ovum Isteri Saya”

Pelakon, Iqram Dinzly berhasrat untuk mendirikan rumah tangga meskipun kini usianya mencecah 43 tahun.

Ketika ditemui XTRA, Iqram berkata dia teringin untuk memiliki zuriat selepas melihat kejayaan rakan-rakan yang sudah berkeluarga.

“Saya risau dengan keadaan sekarang. Media sosial sangat jahat, banyak berlaku perceraian atau masalah rumah tangga berpunca daripada media sosial.

“Saya tak takut cuma saya memberi peluang kepada diri saya untuk memiliki seorang isteri mithali atau ibu kepada anak-anak saya, Insya-Allah.

“Saya masih berharap (berkahwin) sebab tengok kawan-kawan seperjuangan saya dah ada keluarga sendiri, dah nampak warisan dan legasi mereka.

“Saya teringin juga nak tengok hasil (anak) daripada sperma saya dan ovum isteri saya,” katanya.

Iqram Dinzly

Iqram berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Sun Spectrum + oleh Avenys, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Iqram memberitahu sehingga kini dia masih belum berjumpa dengan insan istimewa yang mampu menakluk hatinya.

Sebaliknya, kini Iqram hanya memberi tumpuan sepenuhnya untuk membahagiakan ibu tersayang.

“Saya tiada sesiapa. Terus terang saya cakap, dalam hati saya sekarang hanya ada mama saya sahaja untuk saya fikirkan.

“Selama ini saya rasa saya tak mampu nak beri banyak kepada papa saya, tapi untuk mama saya ni saya rasa kena beri.

“Jadi banyak benda yang saya kena perbaiki balik. Biarlah saya beri kebahagiaan kepada mama dulu, kemudian baru saya fikir isteri dan anak-anak.

“Sebab itu saya gilakan diri saya, tak ada siapa dekat dengan saya. Saya pun tak sempurna tapi saya perlu menyempurnakan kehidupan saya,” katanya.

Artikel Berkaitan: Iqram Dinzly Tak Ada Niat Masuk Campur Hal Rumah Tangga Shuk Sahar, Fara Salleh

Artikel Berkaitan: Sound Iqram Dinzly, Fara Salleh Anggap Kawan- Kawan Shuk Menyemak!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

Bakat & Rupa Harus Selari, Pelakon Baharu Muaz Zabir Masih Mencari Tapak Dalam Industri

Juara program Fit For Action TV3, Muaz Zabir atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, mendedahkan masih banyak yang perlu dipelajari sebagai pendatang baharu dalam industri seni Menurut Muaz, dia mencuba sebaik mungkin untuk memberikan yang […]

Featured Mon, 10 Apr 2023
Events Tue, 27 Feb 2018

Siapakah Gadis Sosok Ayu, Bintangi Program Realiti Online Terbit Single Baharu?

Selain menjadi usahawan yang berjaya, Princess kitani juga sedang berjinak-jinak dalam dunia nyanyian dan bakal mengeluarkan satu single terbaru miliknya tidak lama lagi. Mesti best kan?

Trending Tue, 15 Dec 2020
Hiburan Mon, 19 Nov 2018

‘Jangan Tunggu Lama-Lama’, Pesanan Bekas Suami Fasha Sandha Curi Tumpuan

Jejai turut mendoakan ikatan pertunangan itu mengecapi kebahagiaan hingga ke jenjang pelamin. Insya Allah…

Trending Thu, 14 Apr 2022
error: Content is protected !!