Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 26, 2024 @ 8:21pm

“Dia Tetap Anak Kesayangan Saya, Kasih Sayang Kami Tidak Pernah Berubah…Allahuakbar! ”- Yusof Haslam Titip Pesanan Buat Syamsul.. Mengaku Tak Mahu Ada ‘Gap’ Dengan Kazar

Pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut mengenai isu melibatkan kes perceraian anaknya, Syamsul Yusof yang akan berlangsung esok.

Katanya, dia sudah letih menjawab soalan sama yang diajukan media, namun menegaskan bahawa dia dan isteri, Datin Patimah Ismail tetap  mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.

Mengaku tidak ada sebarang perasaan dendam atau marah, Yusof menganggap setiap apa yang berlaku pada Syamsul ada hikmah disebaliknya.

Malah, walaupun sudah lima tahun tidak berjumpa, pengarah filem box office Sembilu itu reda dan berserah kepada ketentuan Tuhan.

“Saya sebenarnya letih nak menjawab tapi sebagai orang seni saya menghargai tugas wartawan dan kalau saya mengelak untuk menjawab soalan orang akan kata saya sombong.

“Saya cuma jawab, no komen. Saya tak tahu pun peristiwa iu sebab kita pun dah lost contact dah berapa tahun. Jadi apapun saya dan datin… jawapan kami  tetap sama dan saya tetap mendoakan yang terbaik buat pihak di sini atau di sana.

“Tidak ada perasaan dendam atau marah. Tiap kejadian  yabg berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita tak tahu hanya Allah yang tahu.  Dan itu saya tak boleh sentuh.

“Penawar ni kita dekatkan diri dengan Allah  dan kita doakan yang terbaik. Masing-masing  pernah ada sejarah masing-masing  dan kita reda. Harus  mengambil tindakan yang matang dalam kehidupan. Setiap yang baik itu datang daripada Allah SWT dan segala kekurangan itu datangnya dari diri kita,”  katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi.

ARTIKEL BERKAITAN:“Allah Yang Akan Menentukan Segalanya, Saya Reda Sahaja” – Datuk Yusof Haslam

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Beri Komen Terhadap Isu Cerai Anak, Hantaran Instagram Story Patimah Ismail Raih Perhatian – “I Give Birth To You, I Love You & Always Will..”

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Anak, Mengaku Sudah Lima Tahun Tidak Berhubung – “Allahuakbar!  Kami Tak Berani Nak Komen”

Mengulas lanjut, sebagai seorang yang berpengalaman, Yusof berkata, untuk mempertahankan rumah tangga itu merupakan satu perjuangan yang paling panjang dan untuk meruntuhkannya hanya sekelip mata.

Justeru, dia berharap agar anak kesayangannya itu sentiasa tabah menjalani dugaan yang dihadapinya.

“Saya dan isteri saya, kami dah melalui proses ini selama 41 tahun dan untuk meruntuhkan sekelip mata dan untuk mempertahankan adalah satu perjuangan yang paling panjang tapi kalau ia nak berlaku ia tetap akan berlaku.

“Waimah apa yang berlaku terhadap Syamsul, saya dan datin akan sentiasa mendoakan yang terbaik. Dia tetap anak kesayangan saya dan Syafiq serta menantu saya. Saya tidak mahu melukakan hati sesiapa,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar Di IG?

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Kembali Rujuk & Jadi Isteri Kedua Syamsul Yusof? Ini Respons Puteri Sarah – “Takkan Terjadi, Kita Dah Move On”

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai hubungannya bersama Kazar Saisi, Yusof memaklumkan dia tidak pernah berhubung dengan Kazar, namun sebagai seorang anak seni, dia tidak mahu wujud jurang antara mereka.

“Tidak. Sebelum ini pun saya tidak pernah berhubung dengan Kazar tapi saya sebagai orang seni, saya  kenal Kazar bukan baru dan saya tidak mahu ada gap antara saya dengan dia.

“Kalau saya jumpa dia dekat luar, saya takkan nak sombong atau buat muka. Saya tidak pernah buat begitu. Saya mengambil pendekatan saya buat yang sederhana.

“Carilah kedamaian dalam kehidupan ini supaya kita tenang.

“Itu hak masing-masing. Allah akan menentukan darjat kita. setiap apa yang berlaku tu kita tak boleh menolak takdir dan sebagai orang tua kita mendoakan yang terbaik di atas muka bumi ni sama ada perkahwinan, perceraian, kehidupan, suka dan duka.

“Pada Syamsul, papa sayangkan kamu, ibu kamu sayangkan kamu. Kasih sayang kami tidak pernah berubah. Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Selamat maju jaya, mudah-mudahan Allah SWT memberkati setiap usaha yang kamu buat, sentiasa ingat pada yang maha esa, Allahuakbar!” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Dec 2022

Suami Kantoi Curang Tapi Stay Sebab Anak, Ini Respons Padu Hazeman Huzir

Min setuju! Thanks Haze untuk peringatan kita bersama

Featured Sat, 26 Jul 2025
Featured Wed, 14 Sep 2022
Trending Wed, 14 Jul 2021
Featured Wed, 1 Sep 2021

Bayaran BKC Dibayar Mulai 6 September, Semak Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula Isnin ini dan dijangka selesai 10 September. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata BKC akan memanfaatkan 10 juta penerima yang […]

Featured Sat, 26 May 2018
Hiburan Thu, 9 Oct 2025

Amir Masdi Tampil Dengan Sisi Baharu Dalam Single Take Me Home

Lagu Take Me Home yang dihasilkan Amir Masdi bersama Edry Abdul Halim ini turut menjadi sebahagian daripada album kedua Amir berjudul AM:PM.

error: Content is protected !!