Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 2, 2024 @ 6:04pm

Hormati Teman Lelaki Kacukan Dari Jerman, Sofia Dendroff Jaga Batas Pergaulan Dengan Pelakon Lelaki Di Set Penggambaran

Pelakon kelahiran Singapura, Sofia Dendroff terbuka untuk berkongsi mengenai kekasih hatinya, Paul Bobrowski yang berasal dari Jerman.

Ketika ditemui XTRA, aktres drama rantaian Tonton Original Series: My Stolen First Kiss ini terjatuh hati kepada keperibadian Paul yang baik hati, kelakar dan paling utama menghormati kerjaya seninya sebagai anak seni.

“Dia bukan first love saya, tapi dia adalah orang yang saya cintai. Dia berasal dari Jerman, tetapi dah duduk di sini agak lama.

“Dia baik hati, kelakar.. Itu satu kualiti yang saya sukalah.. Hubungan kami masih baru, belum sampai tiga bulan, tetapi doakan yang terbaik,” katanya.

Ketika disoal sama ada jejaka seseorang yang kuat cemburu atau tidak, Sofia berkata teman lelakinya itu seorang yang santai, terbuka dan menyokong minatnya dalam bidang lakonan.

Namun begitu, sebagai aktres yang mempunyai pasangan Sofia tidak menafikan dia perlu menjaga batas dengan aktor-aktor lain demi hubungan tersebut.

“Dia seorang yang sangat terbuka dan sokong kerjaya saya. Dia hormati kerja saya. Tetapi saya pun tak boleh nak melebih-lebih dengan ‘sparring partner’ saya.

“Saya kena hormati hubungan saya dan jadi seorang pelakon profesional,” katanya.

Sofia tampil dalam drama Tonton Original Series: My Stolen First Kiss bersama barisan pelakon baharu seperti Aniq Durar, Shaza Bae, Imran Aqil, Wanie Ooi, Alif Hadi, Wanns Ahmad dan ramai lagi.

Drama komedi romantik Tonton Original Series: My Stolen FIrst Kiss kini sudah mula tayangan sejak 19 Ogos lalu di platform penstriman Tonton.

Artikel Berkaitan: Kekalkan Keserasian Dengan Aniq Durar Jadi Cabaran Utama Sofia Dendroff Dalam Tonton Original Series: My Stolen First Kiss

Saksikan drama terbaharu Tonton Original Series: My Stolen First Kiss yang akan menemui penonton pada 19 Ogos 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

SINOPSIS

Tonton Original Series: My Stolen First Kiss mengisahkan tentang Mel (Sofia Dendroff) seorang gadis periang yang berumur dalam lingkungan 20-an. Mel yang dilarang untuk bercinta semasa di sekolah, kini tidak sabar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar kolej demi memenuhi impian romantiknya.

Namun, kehidupan yang diidamkan Mel berubah apabila dia lemas dan diselamatkan oleh Mikael, seorang eksekutif di bahagian pengurusan pembinaan berusia lewat 20-an yang serius dalam mencari cinta sejati, melalui bantuan CPR.

Mel yang menyimpan checklist untuk kehidupan romantiknya – first meet, first date, first meet the future in-law, bertunang, berkahwin, first kiss dan segalanya, menjadi tidak keruan apabila mengetahui dirinya telah ‘dicium’ oleh Mikael dalam keadaan dia tidak sedarkan diri.

Mel yang belum pernah bercinta menjadi sedih dan kecewa dan sukar menerima kenyataan dek kerana menganggap bantuan CPR itu adalah ciuman pertamanya yang telah ‘dicuri’ oleh Mikael. Kehidupan Mikael menjadi huru-hara apabila Mel menceritakan insiden tersebut kepada abangnya Aizat yang ‘overprotective’ dan telah memaksa Mikael untuk bertanggung jawab.

Konflik timbul apabila Mikael yang sudah mempunyai kekasih, cuba untuk menuruti permintaan tersebut. Dalam usaha menjaga maruah dan memenuhi tuntutan keluarga Mel, Mikael yang sudah dua kali putus cinta dan kini sedang cuba memikat hati wanita idamannya iaitu Damia (Shaza Bae), terpaksa bercinta dengan Mel.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila pelbagai rahsia terbongkar, termasuklah identiti sebenar Mikael. Kekecohan berlaku apabila Mel dan kawan-kawannya mendapat tahu bahawa Mikael sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung. Insiden ini memburukkan lagi hubungan Mikael dan Mel.

Adakah Mel dan Mikael akan bersama akhirnya? Mampukah Mikael merealisasikan checklist cinta Mel? Pelbagai konflik yang mencuit hati menjanjikan kehangatan dan gelak tawa sambil membawa penonton merenung tentang cinta, keluarga, dan impian romantik yang tidak selalunya seperti yang dibayangkan.

Tonton Original Series: My Stolen First Kiss merupakan hasil terbitan Tanah Beris Film Production yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan olahan skrip yang mantap dari Zyza Backy.

Drama ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perjalanan percintaan mereka ini. Drama ini menampilkan barisan pelakon baharu yang hebat dan berbakat seperti Aniq Durar, Sofia Dendroff, Shaza Bae, Imran Aqil, Wanie Ooi, Alif Hadi, Wanns Ahmad, Catriona Ross, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan drama komedi romantik Tonton Original Series: My Stolen First Kiss di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang ditayangkan pada 19 Ogos 2024!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 May 2026

“Boleh Tak Jadi Parents Yang Rasional Walau Dah Berpisah” – Nadia Annuar

Nadia Annuar enggan mengambil pusing isu berkaitan sikap segelintir pasangan yang masih terperangkap dalam konflik bersama bekas suami atau bekas isteri walaupun hubungan sudah berakhir.

Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] Gelagat Lisa Surihani Menari Curi Perhatian, Netizen Komen -“Dia Menari Pun Cantik, Tak Faham!”

Geram ek tengok Lisa ni, min sendiri tak faham cantik bethulll!💗💗💗💗

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Fri, 3 May 2024
Featured Tue, 20 Feb 2024

Kongsi Video GRWM… Puteri Balqis Dedah Pernah Dilabel Pengemis, Bertindak Sekat 300 Komen Hinaan Setiap Hari – “Don’t Be Scared To Blocked This Moron”

Mantap lah Puteri Balqis! Yang penting janagn semakkan kepala dengan pendapat orang tak berilmu❤️✌️

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Siti Saleha ‘Berguru’ Dengan Ogy Ahmad Daud?

Bagus Siti Saleha! Sentiasa rasa rendah diri walaupun seorang pelakon yang hebat!

Hiburan Fri, 3 Jul 2026

Gabung Inspirasi & Hiburan… MK K-Clique, Alyssa Dezek, AC Mizal Meriahkan Tayangan Selekoh Akhir – The Untold Story Behind The A’s

Menerusi dokumentari itu, penonton disajikan dengan pelbagai kisah pengorbanan, cabaran serta semangat pelajar, ibu bapa dan tenaga pengajar yang berganding bahu sepanjang tempoh persediaan menghadapi peperiksaan.

error: Content is protected !!