Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 6, 2024 @ 9:11pm

Hidup Lebih Tenang, Nurul Shuhada & Anak-Anak Berhijrah Ke Australia -“Dulu Diuji, Kini Allah Gantikan Dengan Benda Lebih Baik”

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan kini sudah berhijrah dan menetap di Australia bersama kedua-dua anaknya.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Shuhada meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya semakin baik dan tenang meskipun diuji dengan pelbagai ujian termasuklah perceraian.

“Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik.

“Sekarang ini Allah memberikan kepada saya kualiti hidup yang lebih baik.

“Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap Australia,” katanya.

Nurul Shuhada

Dalam perkongsian terbaharu yang dimuat oleh Shuhada di Instagram, rata-rata netizen dan rakan selebriti, Adira Suhaimi turut mendoakan keselamatan dan kebahagiaan pempengaruh ini di negara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Shuhada memberitahu dia berhijrah bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia sekali gus menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan.

Sekadar info, Shuhada mendirikan rumah tangga bersama Hafidz pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar, 2.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan pasangan itu bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Nafi Tuju #JandaPemfitnah, #JandaPenipu Pada Nurul Shuhada – “Bukan Dia Seorang Je Janda, Bersepah Janda”

Artikel Berkaitan: Isu Tumbuk Pipi, Nurul Shuhada Tarik Semula Kes Terhadap Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: “Saya Mohon Semua Netizen Tolong Pergi Azan Dekat Telinga Dia” – Digelar ‘Janda Pemfitnah’, Nurul Shuhada Tampil Bidas Kenyataan Hafidz Roshdi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Trending Wed, 8 Apr 2020
Hiburan Sat, 3 Jan 2026

Dr. Fie Dah Buat Laporan Polis, Dakwa Ada Barangan Kemas & Duit Hilang Dari Rumah Didiami Bersama Anak-Anak

Dr. Fie membuat laporan polis di Balai Polis Paroi, Seremban berhubung dakwaan barangan peribadinya dikeluarkan dari kediaman yang didiami bersama tiga orang anak mereka

Featured Fri, 28 Feb 2025

Kerajaan Selangor Cadang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor bercadang memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan.

error: Content is protected !!