Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 11, 2024 @ 7:36pm

Keluarga Abang Bas Buka Tabung Kutipan Derma, Cari RM30,000 Untuk Bayar Ikat Jamin

Isu pemandu bas yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah dibawanya dan merujuk kanak-kanak perempuan terbabit sebagai ‘crush’ serta kesayangan berdepan tindakan undang-undang.

Bagi pertuduhan pertama, pemandu yang  berusia 24 tahun dan dikenali sebagai Abang Bas didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia empat tahun di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, antara jam 5 hingga 6 petang, April hingga bulan ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Abang Bas turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan memerhati murid perempuan berusia sembilan tahun secara berulang kali di lokasi dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagimanapun, Hakim Sayani Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, serta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu kedua-dua mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Susulan isu tersebut, ahli kelurganya tampil membuka tabung kutipan derma untuk membayar duit jaminan yang telah ditetapkan pihak Mahkamah menerusi hantaran terkini di Facebook.

“Sekali lagi kami merendah diri membuka tabung seikhlas hati atas dasar perikemanusiaan dan keharmonian, dari mata dan sisi Allah yang tidak pernah tidur untuk diri ini mendapatkan keyakinan,” katanya.

 

Bagaimanapun, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan pihak keluarga Abang Bas yang berani tampil dengan tabung derma tersebut memandangkan kandungan video yang dihasilkan pemuda itu menyalahi undang-undang dan diklasifikasikan sebagai kurang bijak kerana mampu menimbulkan fitnah.

Terdahulu, kakak kepada Abang Bas yang dikenali sebagai Zarina Sari mendedahkan bahawa ibu mereka meluahkan rasa rindu terhadap anak lelakinya itu.

Bahkan, memaklumkan bahawa Abang Bas merupakan seorang anak, adik dan pak cik yang baik serta penyayang.

ARTIKEL BERKAITAN:Perkongsian Kakak Abang Bas Undang Sebak, Dedah Ibu Luah Rasa Rindu – “Biar Seluruh Dunia Menghinanya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Sep 2023

“Pegang Skrip Bergegar” – Erra Fazira Imbau Pengalaman Ujibakat Filem Sembilu 

Uishh, filem fav min Sembilu ni, tak nak ada version terkini ke eh hmm 😌

Featured Sat, 24 May 2025

Kerap ‘Overthinking’, Shuib Dedah ‘Sakit’ Kehilangan Bintang – “Bila Watie Pregnant, Saya Jadi Takut Hilang Dia”

Shuib Sepahtu, meluahkan rasa sedih dan sayu selepas kehilangan anak dalam kandungan isterinya.

Selebriti Mon, 8 Jan 2024
Featured Mon, 22 May 2023

Serik Kena Tipu, Andi Bernadee Pilih Kawan – “Bulan Demi Bulan, Baru Nampak Perangai Sebenar”

Makin meningkat usia, makin kecil circle kita kan.. Quality over quantity gitu

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

Raihan, Alif Satar Siap Sedia Tawan Dua Lokasi September Ini

Raihan menjelajah lagi. Kali ini kemana agaknya?

Trending Sat, 7 Apr 2018

Bekas Teman Lelaki Kylie Jenner Gesa Buat Ujian DNA, Percaya Stormi Adalah Anaknya

Kylie digesa membuat ujian paterniti (DNA) selepas bekas teman lelakinya, penyanyi rap Tyga menuntut Kylie berbuat demikian kerana merasakan bayi yang diberi nama Stormi itu sebenarnya adalah anaknya.

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Henry Golding Will Be Playing a Gay Man Soon

Interesting in light of the massive debate going on right now.

error: Content is protected !!