Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 11, 2024 @ 1:57pm

“Just The Two Of Us” – Muat Naik Video Mesra, Fify Azmi & Niezam Zaidi Hangat Bercinta?

Perkongsian terkini, pelakon Fify Azmi meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi video mesra bersama aktor, Niezam Zaidi.

Di ruangan kapsyen hantaran tersebut, Fify menulis ‘just the two of us’ seolah-olah memberi bayangan mereka adalah pasangan kekasih.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa teruja serta mengharapkan hubungan Fify dan Niezam akan berkekalan.

@fifyazmiofficial

Just the two of us ✨

♬ suara asli – story juna – story juna

Sekadar info, Fify pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Nafiez Zaidi namun hubungan mereka berakhir.

Sementara itu, Niezam pula pernah menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi dan pelakon sensasi, Nonny Nadirah sekitar Jun 2020, namun mengambil keputusan untuk berpisah.

Dalam pada itu, Niezam kini membintangi filem komedi seram Pontianak 200 KG arahan Shuhaimi Lua yang telah mula tayangankan pada 5 September lalu di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei.

Filem hasil kerjasama menyeluruh antara Primeworks Studios (PWS) dan Metrowealth International Group (MIG) turut menampilkan pelakon lain seperti Aya Amiruddin, Dottie, Ziana Zain, Ropie, Wanns Ahmad, Malia Baby, Shaf Naufas dan Apich Lo.

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Istilah Tak Puas Enjoy Hidup Single & Berimej Seksi” – Fify Azmi Enggan Buka Aib, Anggap Perpisahan Dengan Nafiez Zaidi Sebagai Takdir

Artikel Berkaitan: Nafi Jalin Hubungan Dengan Syazwan Zulkifly, Fify Azmi Lebih Berhati-Hati Dalam Soal Cinta – “Saya Tak Pernah Tutup Pintu Hati”

Artikel Berkaitan: Niezam Zaidi Terkejut Bekas Kekasih Galak Kongsi Video S*ksi – “Nonny Nadirah Wanita Yang Baik & Kuat Bersedekah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]

Featured Sat, 11 Jan 2025

“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

“Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah. Jadi kena cari ilmu yang betul -Nasir Bilal Khan

Featured Fri, 7 Oct 2022

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing kan? Semoga kuat dan tabah

Hiburan Fri, 1 Dec 2023

Bakal Nikah Dengan Tiko Aryawardhana Esok, Tiada Lagi Nama Sinclair Di Profil Instagram BCL

Hilang di profil username IG, tapi pastinya tidak hilang di hati 😊

Hiburan Mon, 14 Jan 2019
Trending Fri, 10 Dec 2021

Kaunter Diskaun Bayar Saman Polis & JPJ Ditutup Serta Merta, Penganjur 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Kena Kompaun RM1,000

Dek kerana gagal memastikan penjarakan fizikal serta menjadi penyebab kesesakan di hari pertama acara, penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dikenakan kompaun bernilai RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan […]

Featured Mon, 24 Jun 2024

Kamal Bakar Nazak, Kuman Merebak Hingga Tutup Paru-Paru

Kita doakan moga abang Kamal Bakar dikurniakan syifa🤲

Acara Fri, 21 Oct 2022
Trending Sat, 8 Jun 2019
Trending Thu, 20 Sep 2018
error: Content is protected !!