Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 11, 2024 @ 6:01pm

[VIDEO] “Orang Kita Kalau Gosip Semua Tahu, Sebaliknya Perlu Beri Informasi Bermanfaat.. Tak Semua Orang Suka Kongsi Masa Lalu“ – Jozan

“Tak semua orang suka berkongsi mengenai kisah lalu, kena hormat pendirian orang lain,” demikian respons duo pelawak popular, Johan dan Zizan Razak ketika mengulas mengenai isu kandungan podcast yang membuka aib.

Menganggap podcast sebagai salah satu sumber pendapatan, Johan justeru berpendapat bahawa mereka yang mengendalikan kandungan digital sedemikian perlu memberi maklumat bermanfaat kepada pendengar.

“Tak semua orang suka kongsi masa lalu. Itu kita kena hormati pendirian seseorang. Kalau saya, saya pun suka bercerita tentang diri saya.

“Dia berbalik pada tujuan podcast itu sebab takut semua benda yang sama, perspektif yang sama. Orang kita bab informasi ini kurang. Kalau gosip semua orang tahu.

“Podcast ini bukan sekadar boleh jadi sumber pendapatan. Jadi bila content yang baik kita bawa dalam podcast itu, mungkin adalah keberkatan itu. Dia bergantung dengan cara kita membawa podcast itu. Kita semua cari makan,” katanya.

Sementara itu, Zizan pula lebih bersikap terbuka dan menyokong setiap kandungan digital podcast selagi tidak melanggar hukum agama.

“Bagi saya mudah sahaja, selagi tidak melanggar agama, saya sokong. Saya kurang berkenan kalau sudah mula melanggar agama. Setiap orang buat silap. Allah ada, yang membuka aib Allah balas. Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita,” ujarnya.

Johan dan Zizan berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Baik Punya Ah Long di GSC Midvalley, semalam.

Dalam pada itu, Johan dan Zizan tidak mempunyai perancangan untuk mengendalikan podcast kerana terikat dan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Kami berdua ada jadual masing-masing. Boleh nak buat podcast, cuma kami berdua ada jadual kerja dan komitmen yang berbeza.

“Takut selepas satu atau dua sesi, kami sidai orang sebab kedua-duanya sibuk bekerja. Baik kami dijemput ke sesi podcast orang lain, itu tak apa,” kata Johan.

@xtra_my

Min setujuuu! #fyp #xtra #jozan #johan #zizanrazak #podcast #gosip #masalalu #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Dalam perkembangan lain, duo pelawak kegemaran ramai ini bergandingan dalam filem Baik Punya Ah Long arahan Datuk Afdlin Shauki yang akan berada di seluruh pawagam negara bermula esok.

Selain Jozan, pelakon lain yang turut terbabit adalah seperti Liyana Jasmay, Adlin Aman Ramlie, Mia Sara Shauki, Allahyarhamah Adibah Noor dan Chew Kinwah.

Artikel Berkaitan: Netizen Terhibur, Johan Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia – “Lelaki Kena Faham, Perempuan Selalu Betul”

Artikel Berkaitan: Tidak Selesa Didakwa Bercinta Dengan Model, Zizan Razak Bimbang Gosip Cemarkan Kerjaya

Artikel Berkaitan: Tersenarai Antara Individu Yang Tidak Akan Diundang Dalam Podcast Shuib, Rahim Akhirnya Bersuara!

Artikel Berkaitan: Netizen Minta Shuib Lebih Berilmiah, Henti Sebar Aib Dalam Dol’s Podcast

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Sep 2019

29 Kek Di Terima Agong Sempena Hari Keputeraan

Sebelum beredar Pasangan diraja sempat meluangkan masa & ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian.

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Alamak…Kena Samanlah Pula

Hazama buat hal lagi!

Trending Sat, 3 Nov 2018

Bajet 2019: BR1M Ganti Sara Hidup 4.1 Juta Isi Rumah

Pembentangan bajet 2019 kali ini bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ dilaksanakan bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Featured Thu, 12 Dec 2024

Insiden Bendera Malaysia Dipasang Secara Terbalik, Penaja Lee Zii Jia Mohon Maaf

Victor Malaysia tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi.

Selebriti Wed, 18 Mar 2026

Chef Riz Kembangkan Kerjaya Kulinari Dengan Restoran Baharu

Chef Riz terus mengorak langkah dalam dunia kulinari.

Featured Wed, 10 Sep 2025
error: Content is protected !!