Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 11, 2024 @ 11:20pm

Sebak! Akhirnya Syamsul Yusof Kembali Ke Pangkuan Ibu Bapa, Pertemuan Turut Disertai Puteri Sarah

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke pangkuan keluarga setelah lima tahun tidak berjumpa.

Perkongsian terkini di Instagram Story ibunya, Datin Patimah Ismail yang memuat naik foto Syamsul disampingnya dan juga penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam dipercayai di perkarangan kediamannya.

Foto tersebut memaparkan Syamsul memakai baju serba hitam memeluk ibu dan bapanya.

Bukan itu sahaja, berdasarkan muat naik IGs lain, Patimah turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan bekas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana dalam foto bersama mereka.

Syamsul dalam foto berkenaan sedang mendukung anak perempuannya, Sumayyah manakala Puteri Sarah tersenyum riang disisi Yusof dan Patimah.


Berlatarbelakangkan lagu Syukran Lillah nyanyian Sabyan, entri Patimah di IGs itu meraih pertanyaan ramai sama ada Syamsul sudah pulang ke pangkuan keluarga atau foto tersebut adalah gambar lama.

Bagaimanapun, Patimah tidak meletakkan sebarang kapsyen atau penjelasan berhubung foto-foto tersebut.

Sebelum ini, Yusof Haslam mengatakan Syamsul sudah lima tahun tidak pulang ke rumah.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Enggan Keruhkan Keadaan, Syamsul Yusof Mahu Selesaikan Hubungan Dengan Ibu Bapa Secara Peribadi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Jul 2025
Hiburan Thu, 9 Oct 2025

Dari Luka ke Reda, ‘Dendam’ Kisah Hati Firdaus Rahmat

Melodi dan lirik lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh Firdaus sendiri

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Muka Dia Berkilat Betul…” – Gementar Nyanyi Live, Netizen Puji Rupa Paras Chombi

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam, 15, tular di internet, bahkan pemilik suara itu sekarang turut menjadi tumpuan ramai. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna […]

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

世界百大DJ艾维奇猝死 得年28岁

瑞典籍知名DJ艾维奇(Avicii)于21日凌晨惊传出死讯,得年28岁。他的死讯曝光后,震惊全球粉丝,大家也纷纷涌上他的社群网站上悼念。

Hiburan Tue, 15 May 2018

Ziana Zain Trauma, Anak-Anak Terpaksa Jalani Rawatan Psikiatri

Tambah Ziana Zain lagi, anak-anak menjadi takut dan enggan makan kerana takut dimaki ketika berada dikhalayak ramai. 

Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Terinspirasi Dengan Aliff Syukri, Ammar Ahyan Minat Nak Sertai Bidang Politik

Ammar Ahyan simpan minat nak ceburi bidang politik.

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

Miley Cyrus – Liam Hemsworth Dah Kahwin?

Selepas 10 tahun berkawan, akhirnya…

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

“Babi Punya Kontraktor!” -Che Ta Mengamuk Rumah Tak Siap

Mana tak marah kalau dah dua tahun tunggu??

error: Content is protected !!