Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 13, 2024 @ 1:22pm

Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Berita mengenai status hubungan antara pelakon Fazura dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila aktres itu dilaporkan telah memfailkan perceraian.

Walaupun tidak mendedahkan sebab dan punca perceraian berlaku, namun sumber mengatakan Fazura telah memfailkan perceraian sebelum tengah hari tadi.

“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya,” katanya.

Bagaimanapun, seakan reda dengan takdir yang tertulis, Fazura menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya sempat berkongsi beberapa quotes Islamik yang dipetik dari Surah Al-Araf dan tulisan dari Ali Bin Abi Thalib.

Setakat ini, kedua-dua pasangan terbabit masih mengunci mulut dan tidak memberikan apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara demikian.

Terdahulu, status hubungan pasangan sama cantik sama padan ini mula menimbulkan spekulasi selepas kedua-duanya dilihat jarang memuat naik foto bersama.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Artikel Berkaitan:Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Artikel Berkaitan:Nur Fazura Muat Naik ‘Goodbye August’, Video Konsert Adele & Babak Filem ‘Crazy Rich Asians’.. Peminat Tanya Mana Fattah Amin?

Artikel Berkaitan:“Never Regret Being Kind, Ramai Lagi Yang Sayang & Menghargai Anda Sesuai Tempatnya” – Fazura 

Artikel Berkaitan:Kapsyen Nur Fazura Sorot Perhatian… Netizen Komen: “Tak Semua Benda Perlukan Penjelasan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Jun 2020
Events Thu, 10 Jul 2025
Featured Thu, 16 Aug 2018
Hiburan Thu, 21 Feb 2019

Mahu Tukar Angin, Aiman Tino Tolak Lagu Jiwang

Dalam perkembangan lain, Aiman bakal masuk ke set penggambaran telemovie bertajuk Penunggu pada 25 Februari ini.

Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Hiburan Fri, 20 Oct 2023
Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Fathia Dah Tak Sanggup Bawa Gelaran Selebriti?

Pelakon cantik ini mengaku terbeban membawa status selebriti, malah namanya itu seperti menyekat kehendak dan kemahuan diri.

error: Content is protected !!