Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 26, 2024 @ 9:03pm

Tampil Memukau! Bernadya Berjaya Bikin Lebih 900 Peminat ‘Healing’

Penyanyi yang semakin mencipta nama dalam rendisi muzik pop dan bedroom pop, Bernadya kini bukan asing lagi dalam kalangan peminat di Malaysia.

Kemunculannya menerusi album perdana berjudul,  ‘Sialnya, Hidup Harus Tetap Berjalan’ menjadikan remaja berusia 20 tahun ini ternyata bukan calang-calang orangnya.

Menghangatkan pentas dalam siri mini showcasenya, Bernadya tampil dengan lagu pembukaan berupa lagu kebangsaan dari dua buah negara iaitu, Negaraku dan Indonesia Raya.

Showcase ‘Sialnya, Hidup Harus Tetap Berjalan’ terus dihangatkan dengan dendangan lagu popular yang dipetik dari single pertamanya berjudul, Kini Mereka Tahu dan Mereka Kata Ini Berlebihan.

Malah, penonton dan peminat yang hadir tidak melepaskan peluang apabila turut menyanyi bersama dan meluahkan setiap bait lagu yang dinyanyikan anak muda ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Tampil dengan 11 buah lagu popularnya seperti, Kita Kubur Sampai Mati, Siapnya Hidup Tetap Harus Berjalan, Ambang Pintu, Berlari, Lama-Lama, Untungnya Hidup Harus Tetap Berjalan, Terlintas, Satu Bulan dan Apa Mungkin ternyata berjaya membuatkan lebih 900 penonton yang hadir ‘healing’ bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Terdahulu, Bernadya atau nama penuhnya, Bernadya Ribka Jayakusuma mengakui, lagu-lagu ‘healing’ yang dihasilkannya adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

“Kebanyakannya dari pengalaman sendiri, kerana saya rasa banyak teman-teman yang rasa macam yang saya rasa justeru saya berpendapat saya harus dan perlu tulis lagu-lagu tersebut,” ulasnya ketika sesi sidang media yang berlangsung di The Bee, Publika.

Manakala, ketika ditanya mengenai ekspektasi nya terhadap sambutan peminat di Malaysia, pemenang Anugerah Muzik Indonesia 2013 ini sama sekali tidak menyangka bahawa kedatangannya buat pertama kali mendapat sambutan yang hangat.

“Saya memang tidak menyangka mendapat sambutan yang sehangat ini. Ternyata lagu saya banyak yang dengar dan tahu dan orang di Malaysia juga sangat ramah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 17 Apr 2024

Video Kejutan Tular Disangka Hamil Anak Kedua, Ini Respons Syifa Melvin

Alamak! Belum hamil anak kedua lagi – Syifa Melvin

Featured Tue, 11 Apr 2023
Featured Wed, 2 May 2018

PRU14: Item Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Sebelum Keluar Mengundi

Hijab & Heels ingin membongkar barangan yang perlu ada di dalam beg tangan wanita sebelum keluar mengundi.

#LaguXTRA Thu, 23 Feb 2023
Featured Tue, 14 Jan 2025

Selepas Lagu ‘Andai Tiada Dia’, Isyariana Bakal Jalin Kerjasama Dengan Komposer Indonesia

Ramai yang tidak menyangka Isyariana boleh menyanyi malah mempunyai suara yang sedap.

error: Content is protected !!