Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2024 @ 2:06pm

Nafi Sengaja Lakukan Serangan Peribadi, Uyaina Arshad Tidak Mahu Berdiam Diri – “Jangan Sentuh Keluarga Saya”

Masih menerima lambakan komen berbaur kecaman, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad kekal dengan pendirian untuk lantang menyuarakan isu mengenai tindakan individu yang mengeksploitasi golongan kanak-kanak.

Katanya memetik laporan Utusan, dia tegas dengan pendiriannya untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai isu sensitif itu  sekaligus enggan berdiam diri.

 

Menafikan tindakannya itu sebagai serangan peribadi, ibu anak dua itu bagaimanapun menjelaskan bahawa, dia lantang dek kerana mahu mengkritik dan mempersoalkan tindakan terbabit.

“Ini bukan isu pertama yang saya suarakan dan tidak semua isu juga saya mahu ulas. Tapi perkara melibatkan kanak-kanak adalah kepentingan awamKetegasan saya adalah untuk mencegah bahawa perbuatan merakam kanak-kanak sesuka hati adalah salah. Sekiranya tindakan ini ‘terlepas’, pelaku lain akan buat benda yang sama.

“Video itu pula dimuat naik di platform media, dimasukkan lagu-lagu jiwang dengan kapsyen yang tidak sesuai.  Bila perkara ini berlaku, apa yang akan terjadi kepada masyarakat kita?,” katanya kepada pemberita.

 

Mengulas lanjut, Uyaina juga dilihat tidak menutup ruangan komen walaupun dihenyak dengan kata-kata makian selagi ia ditujukan kepadanya dan bukan keluarganya.

“Saya tidak tutup ruangan komen kerana nanti orang sangka saya takut. Cuma saya tidak akan beri respons kepada kritikan jahat itu.

“Cuma, jangan sentuh keluarga saya. Kalau makian itu diberikan untuk saya, saya boleh terima. Tapi jika mengheret suami, anak, ibu ayah, maka saya akan ambil tindakan,”

Terdahulu, kelantangan selebriti ini menerima pelbagai repons dalam kalangan warganet sehinggakan ada yang berani tampil meninggalkan komen ‘kasar’ terhadapnya.

Bagaimanapun, Uyaina memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak terkesan dengan kecaman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Minta Nikmati Juadah Sebelum Dijamu Makanan ‘Lokap’, Uyaina Arshad Bersuara – “Kes Saman Malu Tak Masuk Penjara, Bayar Ganti Rugi Saja”

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kata Saya Terpaling Tahu, Terpulang! Kecaman, Makian, Kutukan Saya Terima… Kita Cuma Perlu Otak” – Uyaina Arshad

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Kisah Dikutuk ‘Terpaling Tahu’ Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Bertegas Mahu Beri Kesedaran Isu Ped*filia & ‘S*xual Groom*ng’

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

Kenapa Tok Ti sebak tiba-tiba?

Featured Sat, 16 Apr 2022
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Trending Sat, 21 Apr 2018

Ada Cacing Mati Dalam Tin Sardin, Produk Jenama Terkenal Ditarik Balik!

Produk sardin jenama TLC dan TL Tan Lung ditarik balik.

Hiburan Fri, 25 May 2018

Bila Dah Pulih, Fendy Kongsi Cerita Ya!

Assalammulaikum kesayangan abang. Untuk makluman semua abang sihat saja kat sini. Sakit pun cuma sikit saja. Tak ada la sampai teruk sangat macam yang hangpa (kamu) tengok tu. Ironman pun boleh sakit, takkan la abang yang macam ni tak boleh sakit…

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Bertuahnya Mawar Rashid!

Untung Mawar, Selain cantik beliau juga bertuah kerana dapat memiliki suami yang romantik seperti Raff. Betul tak?

Hiburan Fri, 29 May 2026

Fly FM Perkenal Barisan Baharu Breakfast Show Dengan Ean, Adam Raqeem & Nadia

Fly FM kini tampil dengan barisan baharu untuk segmen Breakfast Show menerusi gandingan Ean, Adam Raqeem & Nadia.

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Ini Reaksi Siti Nurhaliza Pertama Kali Bergelar Ibu

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya sekarang ini sedang menikmati saat bahagia bersama bayi comelnya yang diberikan nama sementara sebagai Fatimah Az-Zahra

Hiburan Sun, 31 Jul 2022
error: Content is protected !!