Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 28, 2024 @ 1:38pm

Didakwa Halang Fattah Amin Hampiri Fazura? Bodyguard Tampil Bersuara – “Kau Jangan Main Tulis Ikut Sedap Kau”

Individu lelaki yang didakwa merupakan pengawal peribadi pelakon jelita, Nur Fazura sekali lagi mencuri tumpuan selepas dia berkongsi hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran berupa tangkap layar yang dikongsikan, lelaki yang dikenali sebagai Shahaszrin Mohd Sabiruddin atau @hantugym itu mendedahkan bahawa seorang pengguna media sosial mendakwa Fattah Amin telah dihalang untuk oleh pengawal peribadi untuk mendekati isterinya.

 

Berang dengan tuduhan yang diberikan individu berkenaan, Shahaszrin tampil bersuara sekaligus mempersoalkan mengenai sumber maklumat yang diperolehi individu tersebut.

“Tahu dari mana? Sumber mana yang bagitahu yang bagitahu kauu bahawa bodyguard tak bagi Fattah datang dekat? Sumber mana yang bagi thu kau bodyguard ada disebabkan ada Fattah dilokasi yang sama?

“Sumber mana yang bagi tahu kau ada bodyguard seab nak hang Fattah? Kau jangan main tulis ikut  sedap kau,” katanya.

Dalam pada itu, Shahaszrin dalam hantaran yang sama berrharap mana-mana pihak tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan sebarang kenyataan mahupun komen melampau melibatkan krisis rumah tangga pasangan itu.

“Jangan la melampau-lampau. Tak ada satu arahan pun yang suruh kami buat macam tu. Kit orang puun tahu kerjaa kita orang.

“Tolong jangan memandai-mandai. Komen pun dia dah delete. Namak sangat komen main ikut sedap je,” elasnya.

Sebelum ini,  pengurus Fazura iaitu Iman Tang tampil menjelaskan bahawa kehadiran lima pengawal peribadi yang mengiringi aktres itu ketika prosiding perceraian di Mahkamah Tinggi Petaling, Subang Bestari, Selangor baru-baru ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada Rabu, pasangan suami isteri ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi proses perceraian mereka yang difailkan oleh Fazura pada 13 September lalu.

Kes perceraian mereka ditangguhkan kepada 7 Oktober ini untuk memberi masa kepada Fattah dan Fazura membincangkan isu rumah tangga mereka termasuklah memuktamadkan beberapa terma sekiranya sah bercerai.

Sementara itu, Fattah ketika ditemui usai proses perceraian itu kelihatan sugul dan hanya berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mahliigai cinta mereka yang telah terbina selama 7 tahun itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkongsioan hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, empat tahun.

Artikel Berkaitan: Pengurus Perjelas Sebab Nur Fazura Upah Lima Pengawal Peribadi, Bimbang Kejadian Dikasari Peminat Berulang – “Tak Perlu Jadikan Isu” 

Artikel Berkaitan: “Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima” – Fazura Nekad Mahu Bercerai

Artikel Berkaitan: Krisis Rumah Tangga Cetus Spekulasi, Fazura Kekal Kunci Mulut – “Doakan! Berdiam Diri Lebih Baik”

Artikel Berkaitan: “Saya Ada Perasaan Bukannya Robot” – Kelihatan Sugul, Fattah Amin Mohon Doa Yang Terbaik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Mar 2026

Pernah Diugut Sihir & B*nuh, Ezzanie Jasny Syukur Gangguan Akaun Palsu Kini Berhenti Selepas Lapor Pihak Berkuasa – “Hidup Saya Kembali Tenang”

Menurut Ezzanie, ancaman yang diterimanya ketika itu cukup menakutkan sehingga membuatkan dia hidup dalam ketakutan

Featured Thu, 26 May 2022
Trending Mon, 3 Feb 2020

Netizen Dedah Kisah Sebenar Disebalik Mayat Lelaki Yang Ditemui Di Sebuah Rumah Bersama Sekeping Nota ‘Misteri’

Rupanya ada ‘kisah seram’di sebalik penemuan mayat lelaki di Tg Karang ni..

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Events Sat, 15 Sep 2018

Long Weekend Dan Tak Tahu Nak Buat Apa? Jom Ke Karnival Rempah 2018!

Mari meriahkan Karnival Rempah 2018 pada hujung minggu ini!

Featured Thu, 9 Feb 2023

Didakwa Berlagak, Terlalu Garang, & Tak Nak Dikaitkan Dengan Meerqeen, Anna Jobling Selar Individu Mulut Celupar – “Get A Life!”

Amboiiii, jahatnya mulut individu ni 😌 Tak baik tau fitnah Anna macam nii 🤨 Hmm kata peminat

error: Content is protected !!