Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 1, 2024 @ 12:13pm

Majlis Aqiqah Anak Jernihkan Hubungan Shila Amzah & Fauziah Sarman… Kelibat ND Lala Raih Perhatian – “Alhamdulillah, Semoga Ikatan Keluarga Berkekalan”

Perkongsian terkini penyanyi, Shila Amzah seakan memberi bayangan bahawa konflik kekeluargaan bersama ibunya, Fauziah Sarman sudah selesai.

Menerusi salah satu foto dalam muat naik tersebut, Shila dan suaminya, pempengaruh Ubaidillah MZ dilihat bersalaman bersama ibu mentuanya itu ketika di Majlis Aqiqah anak perempuan mereka, Rhea Akira.

“Sehari sebelum berangkat ke China, kami mengadakan Majlis Aqiqah puteri sulung, Rhea Akira. Terima kasih buat semua keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami,” tulisnya di kapsyen.

Shila Amzah

Lebih menarik perhatian, kelibat bapa Shila, iaitu penyanyi popular era 80-an itu turut hadir di majlis tersebut setelah sekian lama tidak muncul di mana-mana platform.

Shila Amzah

Shila Amzah

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya meluahkan rasa syukur dan bahagia melihat hubungan Shila dan ahli keluarganya yang kembali jernih itu.

Ada juga dalam kalangan netizen mendaoakan agar hubungan kekeluargaan mereka terus erat dan tiada lagi konflik.

Terdahulu, konflik keluarga antara Shila dan keluarga termasuk ibu dan adik-adik, Amir Syafiq serta Syada Amzah menjadi perbualan ramai sekitar penghujung tahun lalu.

Ia ekoran dakwaan Shila dikatakan telah ‘menghalau’ keluar mereka daripada kediaman banglo miliknya.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.

Sekitar April lalu, Shila pernah berkata dia masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan ibunya ketika dia sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan bersama Ubai.

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: “Kehormatan Saya Dicabar! Tak Ada Isu Saya Halau Darah Daging Sendiri” – Shila Amzah Perjelas Konflik Babitkan Ibu & Adik – Beradik

Artikel Berkaitan: Kesal Mak Di Maki Hamun & Ditolak, Amir Syafiq Ada Bukti Shila Amzah Kurang Ajar Pada Fauziah Sarman – “Kami Marah Bukan Sebab Isu Jual Rumah, Tapi…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Dato’ Fazley Yaakob Dimalukan?

Orang berbudi kita berbahasa. Hormatilah privasi orang kalau nak ambil gambar sekalipun.

Trending Fri, 11 Sep 2020

Kenakan Sekatan Perjalanan Ke Atas Negara Berisiko – MKN

Ingat, jangan ikut suka hati je okay!

Trending Sun, 10 Jan 2021
Hiburan Tue, 28 Oct 2025
Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Featured Thu, 9 Dec 2021

V BTS Tak Sengaja Follow Jennie BLACKPINK Di Instagram, Ramai Peminat Kecewa & Marah.. Sampai Ada Yang Kecam!

Baru-baru ini, ahli kumpulan K-Pop popular BTS telah mula membuka akaun Instagram individu mereka. Belum sampai seminggu, sudah berlaku kontroversi apabila salah seorang dari ahli BTS, V mengikuti Jennie dari kumpulan BLACKPINK. Seperti ahli-ahli BTS […]

Hiburan Thu, 15 Aug 2024

Permohonan Perintah Injunksi Interim Puteri Sarah Terhadap Nazatul Nazira Diluluskan

Tak ada lagi saling berbalas kenyataan di media sosial

error: Content is protected !!