Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 9, 2024 @ 4:23pm

Isu Cerai Baim Wong, Paula Verhoeven… Erma Fatima Tampil Backup – “Tak Pelik Jika Zaman Sekarang Isteri Pun Banyak Yang Berlaku Curang”

Pengarah, pelakon dan penerbit, Erma Fatima tampil menitipkan pesanan buat pelakon asal Indonesia, Baim Wong susulan kes perceraiannya bersama isteri, Paula Verhoeven.

Katanya, tidak ada gunanya mempertahankan cinta yang dikhianti kerana yang lebih besar yang harus dipertahankan adalah maruahnya.

“It’s okay anak ku, tidak ada gunanya memeprtahankan cinta yang dikhianati. Ada yang lebih harganya iaitu Maruah. Simpan saja kesakitanmu.

“Kenangan manis mahupun pahit kerana ketika kamu akad janji kamu pada Allah bukan pada dunia makan menangislah sepuasmu dan adukan hanya padaNya kerana dia maha tahu apa yg terbaik buat kamu.

“Insya-Allah pasti ada yang lebih baik Allah gantikan buat kamu. Stay cool!,” katanya.

Perkara itu dikongsi Erma menerusi hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Manakala, menerusi hantaran berlainan pula, Erma atau nama penuhnya, Fatimah Rahmad Ali, 56, turut berkongsi sepotong video pendek temu bual aktor itu bersama pihak media Indonesia beserta kapsyen mempersoalkan tindakan netizen yang tidak mempercayai tindakan dan kenyataan yang diberikan Baim mengenai punca sebenar perceraiannya.

“CURANG? Hmmmm…dah tentu orang tak percaya pada Baim kan? Bila bab curang ni selalunya kita salahkan lelaki. Tetapi, tak pelik kita zaman sekarang ni kalau isteri pun banyak yang dah curang!,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

 

Terdahulu, Baim dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Paula pada pada Isnin di Mahkamah Agama Jakata Selatan, Indonesia.

Memetik laporan CNN Indonesia, Baim mendedahkan bahawa perceraian belaku adalah disebabkan perbuatan curang isterinya itu bersama rakan baiknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Baim Wong Akhirnya Dedah Punca Cerai, Isteri Curang Dengan Rakan Baik Sendiri – “Saya Berada Dalam Keadaan Yang Sangat Sulit”

ARTIKEL BERKAITAN:Spekulasi Pergolakan Rumah Tangga Terjawab, Peguam Sahkan Baim Wong Fail Cerai Terhadap Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga Didakwa Goyah, Baim Wong Kunci Mulut – “Doakan Saja Yang Terbaik Untuk Kami”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Baim Wong Tetap Kunci Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Paula Berholak – “Doakan Yang Terbaik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Mar 2022
Trending Thu, 15 Aug 2019
Contest Thu, 15 Aug 2019

Berhibur Sambil Menang Wang Tunai Bernilai RM2K !

Hantarkan jawapan dan slogan yang kreatif okay!

Featured Thu, 23 Jan 2025
Trending Tue, 4 Feb 2020

[FOTO] Stylo Habis! Lihat Potret BTS Dan TXT Sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Ke-15

Bukan senang nak tengok interaksi Senior dan Junior macam ni!

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

error: Content is protected !!