Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 12, 2024 @ 12:08pm

Rita Rudaini Mengaku Kontroversi Bantu Raih Kemenangan Aktres Pembantu TV Popular… Banyak Tolak ‘Offer’ Bukti Masih Laku

Mencipta kejutan apabila memenangi anugerah Aktres Pembantu TV Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, pelakon Rita Rudaini bersyukur apabila usahanya sejak hampir tiga dekad lalu terbayar.

Katanya ketika di temui XTRA, Rita atau nama penuh, Rita Rudaini Mokhtar, 48, terkejut kerana ramai peminat yang menganggap dirinya masih relevan.

“Syukur Alhamdulillah, rezeki buat saya selepas hampir tiga tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Selain itu, saya rasa kemenangan saya adalah kerana rezeki saya bawa dua anak lelaki pada hari ini. Memang menggigil juga bila diumumkan sebagai pemenang.  Sebab saya bagitahu mereka saya datang nak bekerja jadi award presenter.

“Top 5 tadi semuanya hebat-hebat. Bila nama dah tersenarai dalam Top 10 pun terkejut sebab rasa masih ada lagi ke orang suka? Dan bila tersenarai ke top 5 saya rasa saya masih relevan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 

Mengulas lanjut, Rita yang terkenal menerusi filem Mami Jarum ini juga mengakui bidang lakonan adalah ‘jiwa’ nya dan kemenangan yang diraih merupakan bonus untuknya.

“Secara peribadi, lakonan adalah jiwa saya.Walaupun tak pernah menang dari dulu tapi kami okay sahaja sebenarnya cuma menang adalah bonus saya sebenarnya.

“Cuma saya paling takut adalah kalau orang ramai atau peminat lupa nama saya. Itu paling saya takut. Tapi alhamdulillah, sampai sekarang ni masih lagi ada yang kenal tak kiralah anak-anak muda, makcik pakcik masih ada lagi yang panggil saya Mami Jarum. Alhamdulillah,” ulasnya.

Mengakui lantang menyuarakan pendapat dan tidak gentar dengan kecaman yang diberikan netizen terhadapnya, pemenang Ibu Ikon 2024/2025 ini bersetuju, jika kontroversi menjadi faktor kepada kemenangannya pada malam tersebut.

“Kontroversi yang melibatkan saya sebelum ini sedikit sebanyak membantu kepada kemenangan saya ini. Memang banyak membantu, terima kasih.

“Saya pelik juga bila setiap kali muat naik status di Instagram saja meletup, diambil jadi tajuk media. Saya nak juga bercakap dan buat status macam orang lain.

“Kadang-kadang ada juga rasa nak senyap tapi nanti rasa macam tak meriah pula media sosial itu. Cuma itulah, janganlah putar belit kenyataan saya tak habis-habis,” jelasnya.

Walaupun sudah hampir tiga dekad dalam industri, ibu anak dua ini menegaskan, dia tidak pernah merajuk sekiranya tidak mendapat anugerah sebaliknya terkilan dan kesal jika dalam industri seni wujud orang-orang yang berbakat namun tidak dihargai bakatnya.

Selain itu, dia juga berkongsi bahawa kurang berlakon dan keluar di kaca televisyen tidak bermaksud dia tidak menerima tawaran lakonan melainkan kekal dengan prinsip untuk memilih watak dalam setiap naskah lakonannya.

“Saya tak pernah merajuk kalau tak menang, merajuk cuma melibatkan industri kita.

“Kalau ada isu memilih kasih, bias… tak tengok bakat, macam ketepikan mereka yang berbakat disebabkan tidak mempunyai rupa paras itu yang akan buat saya merajuk,” kongsinya.

“Watak memang kami pilih, jangan ingat saya tak ada job tau. Ada, memang ada offer. Cuma saya akan tanya kepada director apa watak yang saya akan bawa. Kalau saya pernah lakonkan, saya tak nak buang masa saya dekat set. Itu saya punya prinsip. Saya akan buat kerja yang saya ikhlas nak buat, itu yang menyebabkan banyak sangat offer saya tolak.

Sekdar info, Rita berjaya meraih undian tertinggi dan menewaskan empat lagi calon lain bagi kategori Aktres Pembantu TV Popular iaitu Alya Iman, Amyza Aznan, Bella Hanna dan Puteri Sarah Liyana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 Aug 2020

BSH Fasa 3: Rayuan Dibuka Mulai Jumaat Ini, Syarat Layak Rayuan

Korang yang nak buat rayuan, pastikan cukup syarat-syarat ni

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Sedih IG 23 Juta DiGodam

Mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila laman sosial Instagram peribadi pelakon Janna Nick, 22, pula digodam sejak petang Khamis. Kata Janna, akaunnya itu tidak boleh diakses selain gambar dimuatnaik dan profil yang diikutinya hilang secara tiba-tiba.  […]

Featured Thu, 10 Nov 2022
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

MELODI TAMPIL HOST BARU

Mereka merupakan calon yang paling sesuai untuk menjadi hos program Melodi yang akan bermula pada Ahad ini

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Padam Gambar Pakai Baju Ketat, Hawa Rizwana Mengaku Masih ‘Belajar’

Moga perkara ni dijadikan pengajaran untuk Hawa ye..

Trending Wed, 18 Dec 2024

Kembali ke Sabah Selepas 5 Tahun, Mari Meriahkan Karnival Jom Heboh Pada 27 Hingga 29 Disember Ini!

Karnival Jom Heboh Sabah 2024 akan berlangsung pada 27 Disember hingga 29 Disember 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Kompleks Sukan, Kota Kinabalu Sabah!

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Sajat Takut Jumpa Wartawan?

Nampaknya majlis pelancaran Nur Sajat Rated Xtra ni turut mendapat perhatian para media. Mungkin inilah sebabnya Sajat takut kerana, beliau bakal ‘diserang’ dengan soalan-soalan panas oleh wartawan tempatan kita

error: Content is protected !!