Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 12, 2024 @ 1:26pm

Senario Sepakat Serah Trofi Kemenangan Pada Waris Arwah Hamdan – “Kami Memang Sudah Berniat”

Kumpulan pelawak popular, Senario memaklumkan telah sepakat untuk memberikan trofi kemenangan Artis Komedi Popular Anugerah Berita Harian (ABPBH) Ke-36 buat bekas anggota kumpulan mereka iaitu Allahyarham Ahmad Mohamed Ramli atau Hamdan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Senario usai memenangi trofi berkenaan.

Menurut Saiful Apek, sebelum ini mereka sudah memasang niat untuk memberikan anugerah kemenangan itu kepada waris Allahyarham.

“Saya memang dah dapat agak trofi akan dapat satu sahaja.

“Dengan persetujuan sahabat lain, kami nak hadiahkan trofi kepada waris Allahyarham Hamdan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Apek berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak ABPBH36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Jumaat.

Dalam pada itu, Azlee yang juga terharu di atas kemenangan yang diraih berharap agar kumpulan Senario menjadi kumpulan lagenda dalam industri hiburan tanah air sebelum mereka semua ‘menutup mata’.

“Alhamdulillah, dengan berkat doa semua dan undian peminat Senario yang masih sayang dengan Senario, kami akhirnya ada di ABPBH dan Allah izinkan kami pegang trofi untuk Artis Komedi Popular.

“Kami rasa amat terharu dan ini membuktikan Senario masih aktif dan relevan.

“Sebelum kami semua ‘pergi’ kami impikan agar kumpulan Senario menjadi kumpulan lagenda dalam industri hiburan tanah air,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain,  Yasin turut berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia dan Azlee bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah, pada hujung Oktober ini.

“Saya bersama Azlee akanmenunaikan Umrah pada 25 Oktober ini Insya-Allah,” kongsinya.

Terdahulu, Kumpulan Senario yang dicungkil bakatnya melalui program hiburan terbitan TV3, Sinaran Passport Kegemilangan ini berjaya menewaskan empat calon lain dalam kategori sama iaitu, Bell Ngasri, Jep, Sabri Yunus dan Joey Daud.

Sekadar info, arwah Hamdan Ramli dilaporkan meninggal dunia pada 5 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Feb 2024

“Mommy Bangga Dengan Abang” – Dijemput Hadir Ke Majlis Konvokesyen, Ucapan Ibu Zayn Rayyan Meruntun Hati Netizen

Semoga terus diberikan kekuatan 🤲🏼 Tahniah buat arwah adik Zayn Rayyan! Al-Fatihah

Featured Tue, 12 May 2020
Trending Mon, 4 Jun 2018

Ejen FBI Asyik Menari Tertembak Pengunjung Kelab Malam

Malangnya, tindakan itu menyebabkan pistolnya jatuh daripada seluar dan dia gagal menyambutnya sebelum alat itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.

Acara Sat, 17 Nov 2018

HABIB Raikan Ulangtahun Ke-60 Dengan Melancarkan Pameran Barang Kemas Berinspirasikan Warisan Malaysia

Setiap satu daripada barang kemas ini mempunyai kisah emosi tersendiri.

Hiburan Thu, 5 Sep 2024
Featured Fri, 8 Sep 2023

Handal Didapur, Intan Najuwa Raih Pujian… Netizen Komen: “Semua Complete! Berbaloi Hantaran Mahal”

Pergh! Ni limited edition ni. Pandai belajar, masak, cantik pula tu👏👏👏

Featured Mon, 12 Sep 2022

Filem Epik Mat Kilau Hampiri Kutipan RM100 Juta

Wah, tahniah!💗💗💗💗

error: Content is protected !!