Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 16, 2024 @ 9:36pm

Tak Selesa Dipanggil ‘Anak Norman & Abby Abadi’… Danish Hakim Tampil Mohon Maaf – “Mereka Adalah Role Model Saya”

Tidak mahu timbul pelbagai spekulasi berhubung hantarannya sebelum ini menerusi platfrom Threads, anak kepada pasangan, Norman Hakim dan Abby Abadi, Danish Hakim tampil memohon maaf.

“Spread love, not hate. Kita tenang-tenang je,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform sama, Danish berkata, hantaran tersebut hanyalah spontan dek kerana orang ramai mengenalinya dengan panggilan ‘Anak Norman’ dan ‘Anak Abby Abadi’.

“Saya ingin memohon maaf sekiranya kenyataan saya telah menimbulkan salah faham terhadap orang ramai. Sebenarnya threads itu saya tulis secara spontan sahaja.

“Sebab kebiasaannya sebelum ini memang orang akan tegur, anak Norman Hakim..anak Abby Abadi. Tadi pun baru sahaja orang panggil saya begitu,” ulasnya.

Mengulas lanjut, Danish menjelaskan dia tidak berniat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sekaligus mengaku bahawa dia amat menyanjungi dan menghormati kedua ibu bapanya.

“Saya hormati kedua ibu bapa saya, yang telah membesarkan saya dengan baik.

“Mereka adalah ‘role model’ untuk saya berjaya dunia dan akhirat. Tanpa mereka maka tiada lah Danish Hakim.

‘Mama, papa..saya pun nak berjaya macam anda berdua,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menitipkan nasihat agar Danish tidak  mengambil serius mengenai isu tular tersebut walaupun sebelum ini rata-rata warganet berasa kurang senang dengan tindakannya yang disifatkan agak kasar dan ‘kurang ajar’.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Tak Guna ‘Cable’ Bapa! Danish Hakim Tetap Prinsip Elak Babak Bersentuhan & Jaga Solat Awal Waktu

Artikel Berkaitan:Raih CGPA 3.96 & Dapat 8 A, Norman Hakim Bangga Pencapaian Akademik Maria Danisha Meningkat! – “Kekalkan Momentum Untuk SPM 2025”

Artikel Berkaitan: Danish Jadi Sahabat Baik, Tempat Luah Segala Rahsia & Duka.. Norman Hakim Mohon Maaf Pada Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Johnny Depp Saman Bekas Isteri 50 Juta Kerana Kes Dera

Pelakon Hollywood terkenal Johnny Depp hari ini mengeluarkan  saman kepada bekas isterinya yang juga pelakon Aquaman iaitu Amber Heard berhubung kes penderaan yang melibatkan dirinya.

Featured Tue, 9 Jul 2019

10 petanda hubungan anda dengan pasangan semakin renggang

Pastikan anda tidak berada di dalam situasi ini.

Acara Fri, 19 Aug 2022

Aqila Afindi Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2022

Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2022

Trending Thu, 17 Dec 2020
Featured Sat, 9 Aug 2025

Netizen Respect! Khairul Aming Tegas Berniaga Tanpa Unsur Penipuan – “Dia Faham Apa Itu Muamalat Dalam Islam”

Netizen label Aming seorang usahawan yang faham maksud sebenar mualamat dalam islam.

Featured Tue, 26 Nov 2024

Watie Didakwa Punca Shuib ‘Lupa Diri’… Selar Kenyataan ‘Celupar’ Ceo Helmie – “Kasar Sangat Ayat Kau Wahai Saudara”

Shuib berang selepas individu lelaki yang dikenali sebagai Ceo Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera.

error: Content is protected !!