Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 17, 2024 @ 7:30pm

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Penangguhan kes khalwat membabitkan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies yang berlangsung pada pagi Khamis ternyata mencuri tumpuan apatah lagi kedua-dua selebriti itu mengambil keputusan untuk mengunci mulut berhubung prosiding kes.

Difahamkan, kes khalwat tersebut akan bersambung pada prosiding seterusnya iaitu pada tarikh 20 dan 27 Februari depan.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, tindakan Ruhainies berkongsi video bersama sejambak bunga menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet termasuklah ada yang menegur tindakannya itu memandangkan dia baru sahaja selesai menghadiri perbicaraan di Mahkamah dan bukannya menang anugerah.

@xtra_my Replying to @Muhammad_ Untungnya dapat bunga😍 Daripada siapa tuh?🙈😍 Sweetlah! #fyp #xtra #ruhainies #bunga #mahkamah #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

 

Sedar dengan hantaran yang tular, bekas kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine akhirnya tampil memberikan pandangan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories, Sarah dilihat seakan menyindir tindakan Ruhainies.

“Okay lah tu… Tak dicalon untuk ABPBH, dapat hadiah bunga untuk lakonan yang ditutup oleh mask pun okay lah, jadi.

“Kejap lagi adalah dialog ‘ Awak nampak smart lah tadi, family I pun kata benda sama,” katanya.

Dalam hantaran sama, Sarah juga mendakwa bahawa bunga yang diterima Ruhainies sebaik sahaja selesai perbicaraan kes adalah bunga lama.

“Bukan saya seorang ye yang perasan itu bunga lama,” kongsinya.

Tidak habis disitu, wanita asal Singapura itu menjelaskan mengenai kenyataan yang tular mengaitkan dirinya yang mendakwa keluarga Aliff tidak berada di Kuala Lumpur ketika kes khalwat berlaku.

Menurut Sarah, ramai yang bertanyakan kepadanya mengenai isu sama menerusi mesej langsung (DM).

“Ramai pun sudah DM tanya say atentang ini. Jadi benda betul kita kena jujur sahaja. Bukan nak back up sesiapa tentang hal penjamin, tapi kita memang tak boleh salahkan orang yang tak bersalah dalam hal ‘ kenapa mereka tak jamin dan sebagainya’.

“Sebab, family dia memang tak ada di Kuala Lumpur time tu dan Aliff mas atu sudah tinggal dengan saya dari satu minggu sebelum kes khalwat terjadi. Jadi kenapa Aiman jadi penjamin masa tu, tanyalah si adik -beradik mak lampir dan mak lampir sendiri. Kenapa tarik balik? Tanya mak lampir tu sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, selain perbicaraan kes ditangguhkan sehingga Februari tahun hadapan, penjamin yang juga adik kepada Ruhainies iaitu, Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas telah menarik diri dan akan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.

ARTIKEL BERKAITAN:Adik Ruhainies Tarik Diri Jadi Penjamin Aliff Aziz Berhubung Kes Khalwat

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media

ARTIKEL BERKAITAN:Guna Emoji & Lagu Sama, Aliff Aziz Tulis ‘Quotes’ Berjanji Setia… Netizen Dakwa Tuju Pada Ruhainies?

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Aziz & Sarah Yasmine Saling Berbalas Hantaran Di Instagram? – “Too Much Attention Makes Even A Donkey Feel Like A Lion”

ARTIKEL BERKAITAN:Nafi Tarik Semula Kes, Aliff Aziz Perjelas Konflik Bersama Sarah Yasmine Selesai Melalui ‘Final Court Order’ – “Harap Tak Ada Yang Memanipulasikan Fakta”

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Yasmine Didakwa Perli Ruhainies, Buat Video Parodi ‘Tak Pandai Menangis’ – “Hang Memang FK!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 18 Sep 2018
Hiburan Thu, 30 Sep 2021

Bakal Lahirkan Baby Boy, Elly Mazlein Dah Mula Cuti Bersalin

Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein mendedahkan dirinya bakal menerima kehadiran bayi lelaki. Sudah mula bercuti dan menanti hari untuk melahirkan anak keduanya, wanita yang mesra dengan nama panggilan Kak Lina Pom Pom ini tidak […]

Hiburan Fri, 12 Jan 2024
Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua, Isteri Aril Pilus Hilang Banyak Darah & Terpaksa Buang Rahim

Semoga diberikan kesembuhan buat isteri Aril yang kini berada di ICU

Hiburan Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Fri, 14 Mar 2025

[VIDEO] Kenyataan Suami Baru Bonda Rozita Tentang Viral Raih Tumpuan – “Seronoklah, Orang Tahu Siapa Saya”

Bonda Rozita tanya suami baru mengenai kisah rumah tangga mereka jadi viral

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Sukar Bernafas, Zizan Razak Dikejarkan Ke Hospital

Semoga cepat sembuh, Zizan Razak!

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.

Featured Thu, 9 Aug 2018
error: Content is protected !!