Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 16, 2024 @ 10:00pm

Mimpi Itu Percuma, Ini Harapan 5 Finalist XTRA XSTAR!

Kempen pencarian bakat baharu, XTRA XSTAR 2024 hampir menuju ke malam kemuncak yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Setiap penyanyi mempunyai impian untuk terus mekar dalam industri, begitu juga dengan Top 5 finalis XTRA XSTAR 2024 yang berkongsi harapan mereka selepas menyertai kempen ini.

Berikut adalah harapan lima finalis XTRA XSTAR 2024:

1. Harapan Awa Zainal

“Harapan saya jika menang dalam XTRA XSTAR adalah untuk mendapat peluang kerjaya yang lebih luas, meningkatkan profil dalam industri muzik, mendapatkan pengalaman dan pembelajaran mendalam, nak dapat pengalaman untuk berkolaborasi dengan artis lain, dan juga menjadi inspirasi kepada orang lain untuk terus berusaha mengejar impian mereka,” katanya.

@xtra_my

Tahniah @AWA kerana berjaya menjadi peserta Top 5 XTRA XSTAR 2024! Siapakah yang bakal bergelar Juara XTRA XSTAR 2024 dan bakal bernaung di bawah Alternate Records & Talents? Jangan lupa saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok XTRA #fyp #xtra #xtraxstar2024 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

2. Harapan Akma Nazri

“Saya harap XTRA XSTAR adalah tapak permulaan saya untuk terus melangkah maju dalam industri serta berharap semua lapisan masyarakat dapat menerima saya seadanya,” ujarnya.

@xtra_my

Tahniah @Akma Nazri menjadi peserta Top 5 XTRA XSTAR 2024! Siapakah yang bakal bergelar Juara XTRA XSTAR 2024 dan bakal bernaung di bawah Alternate Records & Talents? Jangan lupa saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok XTRA #fyp #xtra #xtraxstar2024 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

3. Harapan Beyla Inara

“Semoga segala apa yg saya usahakan berhasil dgn jayanya dan masa depan saya cerah satu hari nanti. Saya akan tetap bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan, tak akan pernah mengalah dan terus maju untuk mencapai kejayaan yang saya impikan,” tuturnya.

@xtra_my

Tahniah @BeylaaInaraOfficial menjadi peserta Top 5 XTRA XSTAR 2024! Siapakah yang bakal bergelar Juara XTRA XSTAR 2024 dan bakal bernaung di bawah Alternate Records & Talents? Jangan lupa saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok XTRA #fyp #xtra #xtraxstar2024 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

4. Harapan Keemfeel (Duo)

“Harapan kami pertama sekali, adalah untuk memenangi XTRA XSTAR dan kami berharap agar mendapat tempat di hati penonton untuk menjadi pendatang baru di industri muzik Malaysia bersama Alternate Records. Terima kasih Xtra untuk peluang keemasan ini,” katanya.

@xtra_my

Tahniah @KeemFeel kerana berjaya menjadi peserta Top 5 XTRA XSTAR 2024! Siapakah yang bakal bergelar Juara XTRA XSTAR 2024 dan bakal bernaung di bawah Alternate Records & Talents? Jangan lupa saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok XTRA #fyp #xtra #xtraxstar2024 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

5. Harapan Zahra Alya

“Andai terpilih, saya ingin menjadi Penyanyi yg berkaliber dan berkualiti seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza,” katanya.

@xtra_my

Tahniah @ZahraAlyaOfficial kerana berjaya menjadi peserta Top 5 XTRA XSTAR 2024! Siapakah yang bakal bergelar Juara XTRA XSTAR 2024 dan bakal bernaung di bawah Alternate Records & Talents? Jangan lupa saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok XTRA #fyp #xtra #xtraxstar2024 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

5 peserta telah berjaya ke peringkat seterusnya. Siapakah yang bakal bergelar juara & menjadi artis rakaman Alternate Records & Talents?

Saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok @xtra_my

Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents.

Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Wed, 12 Jun 2019
Hiburan Sat, 3 May 2025
Featured Sat, 29 Oct 2022

Jaga Hati Isteri, Aksi Teuku Ryan Pegang Tangan Ria Ricis Raih Perhatian

Pelakon dan YouTuber Indonesia, Ria Ricis tular di media sosial kerana menerima layanan sangat baik suami, Teuku Ryan. Ryan yang memegang tangan Ricis semasa seorang pekerja butik yang tiba-tiba datang mendekati mereka untuk membetulkan cara […]

Trending Mon, 17 Jan 2022

“Jodoh Kami Tak Panjang” – Siti Saleha Sah Bercerai

Pelakon popular, Siti Saleha, 32, sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, sebentar tadi. Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharom mengakui perceraian antara mereka berlaku secara […]

Featured Fri, 25 Nov 2022

Ketua Negara Pertama Ucap Tahniah… Anwar Ibrahim Diberi Penghormatan Presiden Indonesia, Joko Widodo

Teka-teki siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan mandat untuk menyandang jawatan itu. Sehubungan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo merupakan ketua negara pertama yang menghubungi Anwar bagi menzahirkan […]

Trending Mon, 7 May 2018

2岁小男孩弹电吉他?轰动全网「神童!」

日前国外一则新奇的影片在网路上疯传,一名父亲将手上弹到一半的吉他交到他2岁的儿子身上,接着不可思议的事情发生了……

error: Content is protected !!