Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom December 20, 2018 @ 2:00pm

Living Coral Warna Yang Perlu Ada Dalam Wardrobe Anda Untuk 2019. Cantik & Menyerlah!

Saban tahun, Pantone Color Institute akan membuat pengumuman warna yang bakal menjadi trend sepanjang tahun.

Bagi 2019, Pantone mendedahkan living coral adalah warna yang dapat memberi ketenangan kepada dunia sejagat.

Living coral, ia menggabungkan paduan warna merah jambu dan keemasan sekaligus membawa pengertian karekter moden dan kuat dalam sisi kelembutan.

Foto: Elle Magazine

Rona ini  merupakan warna yang ‘sejuk mata memandang’ dalam kehidupan kini yang serba pantas.

Bagi Pantone, pilihan warna ini bukan sekadar bakal membentuk trend bagi keseluruhan tahun 2019 malah ia juga menjadi penanda aras bagi pembentukan budaya masyarakat.

Foto: Elle Magazine

Warna batu karang yang sering dijumpai oleh para penyelam skuba di bawah laut ini membangkitkan keselesaan serta positiviti untuk sesiapa sahaja kelihatan hebat.

Untuk anda yang mahu menjadi trendsetter, warna Living Coral patut ada di dalam almari anda. Sama ada baju, tudung, kasut, aksesori ataupun dekorasi rumah, warna ini sesuai dipadankan untuk apa jua acara dan keadaan.

Foto: Glowsly

Foto: Rojak Daily

Foto: Keepo

Foto: Foto: Hypebae

Sumber: ELLE

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Feb 2021
Featured Sun, 22 Mar 2026

Jazmy Juma Teringin Bawa Kekasih Beraya Di Kampung

Pelakon Jazmy Juma mengaku sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut secara sederhana bersama keluarga tercinta.

Featured Wed, 27 May 2020

Patuhi SOP khusus untuk proses sanitasi ditetapkan KKM

Dapatkan maklumat jika tidak jelas

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nyanyi Di Pusat Karaoke, Netizen Terkejut Kelunakan Suara Lufya – “Tak Sangka Boleh Nyanyi Ingat Pandai Berlakon Je”

Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon. Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti […]

Featured Thu, 6 Nov 2025
Featured Mon, 17 Sep 2018

Lingkaran Gelap Bawah Mata Bukan Saja Disebabkan Kurang Tidur, Tapi Juga Faktor Ini!

Jika anda selalu terdedah kepada sinaran matahari, ia akan menarik pigmentasi permukaan kulit dan membuatkan lingkaran hitam pada bawah mata!

error: Content is protected !!