Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 16, 2024 @ 12:16pm

#SFMM39: Vokal Belum Pulih Sepenuhnya, Khai Bahar Mohon Maaf Kecewakan Peminat

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar memohon maaf kepada peminatnya yang seakan kecewa apabila lagu Lemas tidak berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Khai berkata dia sudah cuba sehabis baik pada malam Semi Final Muzik Muzik (SFMM) ke-39 semalam, meskipun vokalnya masih belum pulih sepenuhnya.

“Maaf semua tak dapat bagi 100 peratus untuk lagu Lemas atas faktor suara belum pulih sepenuhnya. Selalu bila suara macam ni ambil masa tiga bulan.

“Bukan saja-saja tau tak nak ‘all out’, itu dah habis baik saya buat. Itu semua keputusan juri. Kalau boleh saya nak buat persembahan terbaik walaupun tak berjaya ke pentas akhir.

“Doakan suara saya cepat pulih, jangan marah-marah,” tulisnya.

SFMM39 membariskan juri profesional Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim.

@tv3malaysia

Lemas – Khai Bahar! 🔥 Strim sekarang melalui Tonton! Mulai 10-15 November, korang boleh menang Smart TV & tiket AJL tau! Nantikan.. #SFMM39 #RoadToAJL39

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Mohon Maaf Kepada Peminat Konsert Dihentikan… Penganjur Pentas RadjaWali Jelaskan Isu ‘Blackout’

Penganjur Konsert Pentas RadjaWali tampil memberi penjelasan berhubung kekecohan yang berlaku, termasuk isu ‘blackout’ sistem bunyi pada penghujung acara.

Trending Thu, 4 Oct 2018

Pemuda Ini Menangis Meminta Allah Permudahkan Rezeki Selepas Solat, Tiba-Tiba…

Betul la RM 1000. Dulu arwah mak aku pesan, mana orang atau ustaz yang jadi khalifah buat Yassin dan tahlil kat dia, bagi duit RM 1000. So, aku bagilah…

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Netizen Buka Cerita Lama Sampai Caci Maki, Ashira Mohon Hormat Pemergian Bad Indigo – “Mana Adab Kamu Semua?”

Allah.. jaga-jaga sikit bila bercakap. Itu ujian buat Ashira. Netizen jangan pandai-pandai.

Featured Fri, 15 May 2026

Rambut Ditarik, Diikat Seperti Salib! Anak Ani Maiyuni Kongsi Semula Insiden Dibuli – “Ambil Masa Bertahun Untuk…”

Kata Viviana menerusi hantaran di Threads, perkara itu masih segar dalam ingatannya biarpun dia kini sudah berusia 21 tahun.

error: Content is protected !!