Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin November 30, 2024 @ 1:51pm

“Dulu Susah, Pernah Kongsi Seekor Ikan Goreng Dengan Ibu & Adik Selama 2 Hari” – Mahu Beri Semula, Firdaus Kongsi Rezeki Secara Virtual

“Saya tahu rasa susah bagaimana, jadi saya mahu berkongsi rezeki.”

Demikian kata-kata pempengaruh Nur Firdaus yang dibesarkan oleh ibu tunggal dan pernah menjalani hidup susah ketika di bangku persekolahan

Mempunyai cara tersendiri untuk ‘memberi semula’ kepada mereka yang memerlukan, Firdaus kini mempunyai cara tersendiri untuk bersedekah dan pernah membelanjakan kira-kira RM50,000 dalam satu malam untuk membeli ‘coin’ sebagai ‘gift’ kepada mereka yang kurang bernasib baik di TikTok.

Mengimbau kembali kenangan sewaktu membesar, Firdaus yang sering berpindah randah mengenang memori berkongsi lauk seekor ikan goreng bersama ibu dan adiknya selama dua hari serta pernah menjamah nasi bersama gula untuk mengalas perut.

“Pada awalnya, saya dibesarkan oleh enam keluarga angkat kerana ibu dan bapa berpisah ketika saya berusia enam tahun. Namun begitu, genap usia saya 12 tahun, saya kembali duduk dengan ibu yang membawa saya dan adik perempuan berpindah ke Kelantan.

“Saya nampak susah payah ibu membesarkan saya. Dia sangat ‘struggle’ untuk menjaga kami dua beradik sambil bekerja. Kami hanya tidur bertiga di ruang tamu yang sempit kerana rumah yang didiami kecil.

“Saya tak akan lupa kenangan makan seekor ikan berkongsi dengan ibu dan adik selama dua hari. Saya juga pernah makan nasi berlaku gula. Saya tahu rasa susah bagaimana, jadi saya mahu berkongsi rezeki dengan orang lain dalam cara tersendiri.

“Saya mula berniaga di sekolah sejak tingkatan tiga, saya jual baju, topi dan sebagainya dengan mengumpul duit yang diberikan datuk. Waktu sekolah dulu, saya pernah berimpian untuk ada butik pakaian saya sendiri.

“Walaupun belum jadi kenyataan, saya gembira kerana kini dalam proses mengeluarkan baju di bawah jenama sendiri. Kalau boleh, saya nak perniagaan saya berjaya. Saya ada hasrat hadiahkan 10 motosikal model Yamaha RXZ dan taja lima pasangan mengerjakan umrah di Tanah Suci tahun depan,” katanya.

Pernah beberapa kali tular kerana memberikan ‘coin’ kepada pengguna TikTok sebagai bentuk pemberian, Firdaus yang dikenali dengan nama Fokiyoks di platform media sosial terbabit tidak boleh lupa kenangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Terdapat ramai orang kehilangan kerja ketika PKP, jadi mereka membuat siaran langsung di TikTok. Saya memang suka singgah ke sesi siaran langsung pengguna yang tontonannya tidak banyak dan memberi mereka hadiah ‘coin’.

“Jadi, ada seorang wanita berpangkat mak cik, dia membuat siaran langsung sambil bermain ‘game’ yang distrim untuk menarik orang ramai, namun tontonannya tidak memberangsangkan.

“Saya singgah ke sesi live terbabit dan mula berbual. Rupanya wanita itu merupakan tukang cuci yang dibuang kerja kerana terkesan dengan PKP. Jadi, saya berikan coin sebagai gift untuk wanita terbabit.

“Apa yang membuatkan saya terharu adalah wanita itu sangat gembira dan bersyukur menerima pemberian saya. Dia sangat teruja sambil memanggil tiga orang anak-anaknya untuk datang ke hadapan kamera dan mengucapkan terima kasih kepada saya.

“Insiden itu menginsafkan saya dan membuatkan saya terharu. Sejujurnya, saya tidaklah kaya, tapi saya suka berbahagi rezeki kepada mereka yang memerlukan jika saya sendiri ada duit lebih. Saya suka berkongsi secara virtual,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 May 2025

Suntikan Motivasi Siti Nurhaliza & Fizie Roslan Jadi Pembakar Semangat Perisma

Semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua selebriti itu memberikan dorongan moral yang sangat bermakna kepada Perisma

Featured Wed, 28 Sep 2022

Uqasha Senrose, Izara Aishah Tersenarai Dalam Golongan Selebriti Tak Buat Perubahan Wajah

Fuhhhh, Cantik sangat dua selebriti pujaan hati ramai ni 🤩🤩 Berlakon pun mantapp! 🥰

Featured Thu, 14 May 2026

“Kelakar Bila Orang Sibuk Hal Saya” – Pertahankan Diri, Netizen Kurang Senang Dengan Respons Zul Ariffin?

Zul kemudian tampil membuat kenyataan menerusi platfrom sama memaklumkan, dia terkejut apabila perkongsiannya itu ‘menganggu’ orang lain.

Events Thu, 10 Jul 2025
Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Featured Thu, 10 Aug 2023

[VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – “Satu Keputusan Yang Terbaik…”

Alhamdulillah, perubahan yang sangat baik ni 🥹 Semoga yang baik baik saja buat Farid Kamil 🤍

error: Content is protected !!