Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 9, 2024 @ 12:52pm

Kenyataan Disalah Erti, Shila Amzah Berang Ubai Didakwa Kaki Pukul

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa berang apabila kenyatannya berhubung isu keganasan rumah tangga disalah erti oleh segelintir pihak.

Menerusi status di Instagram Story (IGs), Shila meluahkan rasa berang apabila suami tercintanya, Ubaidillah MZ didakwa seorang kaki pukul.

“Kaki pukul tu bukan Ubai ya, apa punya benak la eh tulis fitnah macam tu.

“Saya simpati dengan nasib yang menimpa Zahnita. Siapa yang pernah melaluinya sahaja tahu peritnya. Jadi sekarang ni, saya tegaskan saya tidak berkahwin dengan orang yang kaki pukul,” jelasnya.

Pada Sabtu lalu, Shila berkongsi paparan temu bual selebriti, Zahnita bersama Melodi TV3 di IGs miliknya menyeru wanita untuk segera ‘angkat kaki’ dan tidak terus hidup bersama suami kaki pukul.

“Orang yang kaki pukul ni memng tak akan berubah. Jangan biarkan mata anda dikaburi oleh fizikal (ketampanan) mereka.

“Terutamanya kalau dah tahu lelaki itu ada masa silam denga bekas kekasih, pukul dan maki hamun sebagau makanan harian,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shila turut sempat menitipkan kata-kata semangat dan doa kepada mereka yang dalam diam menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Majlis Aqiqah Anak Jernihkan Hubungan Shila Amzah & Fauziah Sarman… Kelibat ND Lala Raih Perhatian – “Alhamdulillah, Semoga Ikatan Keluarga Berkekalan”

Artikel Berkaitan: Individu Luah Mahu Bercerai Tapi Malu, Ini Respons Shila Amzah – “Kalau Suami Dera Mental & Fizikal, You Tak Payah Malu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Kembali Bercinta, Gigi Hadid Dah Jumpa Pengganti Zayn Malik?

Gigi menerusi Twitter memuatnaik sebuah status menafikan berita percintaan mereka.

Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Nurul Shuhada Dedah Anak-Anak Tidak Merestui Hubungan Hafidz, Athirah Yuhada – “Saya Tak Nak Emosi Mereka Terganggu”

Hmmm, apa apa pun kita doakan yang terbaik untuk anak anak Hafidz dan Shuhada 😢

Hiburan Fri, 8 May 2026

“Order Barang Saya, Tapi Yang Sampai Kertas” – Risau Ramai Kena Scam Video AI Palsu, Aliff Syukri Lancar Kempen Jualan Baharu

Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajah dan identitinya kini antara yang paling kerap disalahgunakan oleh sindiket penipuan di media sosial.

Events Wed, 31 Aug 2022

Terpaling Juara: Di Pintu Syurga Didakwa Sumbang, Netizen Syak Air Mata Gimik Murahan.. Ini Penjelasan Ifa Raziah!

Bak kata Kak Ifa, bila ingat ibu bapa automatik akan mengalirkan air mata😭😭😭

error: Content is protected !!