Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 7, 2024 @ 2:20pm

Pempengaruh Putrabell Anjurkan FestStar FoodFest, Bawa Barisan Artis Seperti Noraniza Idris, Talia Mentor, Damia, XPDC Kita Peng Yu, Kembara Live & Kristal

Pempengaruh media sosial, Putrabell bakal menganjurkan FestStar FoodFest yang menampilkan barisan artis seperti Noraniza Idris, Talia Mentor, Damia, XPDC Kita Peng Yu, Kembara Live, dan Kristal.

Dengan tema ‘Menikmati Rasa, Merayakan Gaya Hidup’, acara yang dianjurkan melalui FestStar Influencer Entertainment itu bakal diadakan pada penghujung Disember ini di Taiping, Perak.

Menurut Putrabell atau nama sebenarnya, Herrie Shaputra Azizan, acara ini bakal menjadi medan pelbagai pengalaman menarik, menampilkan gerai makanan daripada peniaga tempatan dan antarabangsa, persembahan artis, demonstrasi masakan oleh chef selebriti, serta aktiviti interaktif bersama pempengaruh popular.

Selain itu, barisan pempengaruh terkenal seperti Emy Cha Cha, Han Budak Cina, Puan Tina, Adila, Gemor Jalan, Mirul Maneh, Kak Reptor, dan Paah Rabbit turut dijangka hadir, menambahkan lagi kemeriahan acara ini.

Konsep Segar dan Kreatif

Menurut Putrabell, setiap acara anjuran mereka dirancang dengan konsep segar dan relevan dengan trend semasa untuk menarik perhatian pengunjung.

“Kami sentiasa cuba membawakan sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Festival kali ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan makanan tempatan tetapi juga memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang.

“Lebih daripada itu, acara ini juga diharapkan mampu mencipta impak positif kepada komuniti, industri, dan budaya secara keseluruhannya,” katanya.

Tarikan Pelbagai Aktiviti

FestStar FoodFest dijadual berlangsung pada 25 hingga 31 Disember di TF Mart, Taiping, Perak, bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah malam.

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai jenis hidangan, tetapi juga mengambil bahagian dalam aktiviti menarik seperti paintball, soopa doopa, neon light, electronic beam dan fun-run.

Selain itu, terdapat juga program khas seperti ketuk-ketuk, mini zoo, night of fright, pesta kopi, pameran kerjaya dan konsert yang dijamin menceriakan semua yang hadir.

“Kami yakin pengalaman yang ditawarkan di festival ini akan meninggalkan kenangan manis untuk semua. Dari makanan hingga hiburan, semuanya dirancang untuk memberi keseronokan kepada pengunjung,” tambah Putrabell.

Peluang untuk Peniaga

Para peniaga juga dialu-alukan untuk menyertai festival ini. Ia merupakan peluang keemasan untuk menjana pendapatan tambahan sempena hujung tahun, selain mempromosikan produk mereka kepada khalayak lebih luas.

FestStar FoodFest bukan sekadar acara, tetapi satu platform yang menyatukan kuliner, hiburan, dan gaya hidup dalam satu perayaan penuh makna. Jadi, tandakan kalendar anda dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 26 Sep 2018

Gabungan Hebat Generasi Lama & Baharu Semarakkan Pentas ABPBH 31

ABPBH31 menjanjikan satu persembahan yang infiniti!

Acara Wed, 4 Mar 2026

Semarak Sambutan Aidilfitri Dimeriahkan Dengan Lakaran Syawal

Lakaran Syawal semarakkan kemeriahan Aidilfitri.

Acara Wed, 7 Aug 2019
Acara Wed, 13 May 2020
Acara Wed, 25 Jul 2018

Jom Rasai Keterujaan Berganda Di Karnival Jom Heboh, KL Sports City Bukit Jalil Pada 28 & 29 Julai Ini!

Acara yang ditunggu-tunggu dan menjadi tarikan masyarakat tempatan ini bakal menyajikan keseronokan dan keterujaan berganda dengan pelbagai aktiviti serta tawaran istimewa!

Acara Fri, 4 Mar 2022

Yayasan Maghfirah Sasar RM5 Juta Bantu Mereka Terkesan Covid-19

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Maghfirah tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran yang terkesan akibat pandemik menerusi kempen Raikan Ramadan. Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan […]

error: Content is protected !!