Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 11, 2024 @ 5:28pm

Dilantik Duta Eksklusif Usanita Entertainment, Fattah Amin & Sophia Albarakbah ‘Bersatu’ Dalam Drama Arahan Erma Fatima

Usanita Sdn Bhd, menerusi cabang baharunya, Usanita Entertainment, dengan bangganya mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai Duta Eksklusif dan Sophia Albarakbah sebagai Wajah Baharu bagi tahun 2025.

Sebagai langkah pertama yang signifikan, Usanita Entertainment bakal menerbitkan drama bersiri pertama arahan sutradara tersohor, Erma Fatima berjudul ‘Aku Cinta Dia’ yang juga menampilkan pelakon hebat, Fattah Amin dan Sophia Albarakbah.

Bakal ditayangkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita, drama ini pastinya menawarkan pengalaman tontonan baharu kepada penonton.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan, pelantikan duta dan wajah baharu ini adalah bukti kesungguhan pihaknya dalam memperkukuh industri kreatif dengan masyarakat secara global.

“Pelantikan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah serta penerbitan drama bersiri pertama ini adalah bukti kesungguhan kami untuk menjadi perintis dalam menggabungkan seni kreatif dan teknologi digital.

“Usanita Entertainment bertujuan bukan sahaja untuk mempromosikan seni Malaysia tetapi juga memperkukuh hubungan industri kreatif dengan masyarakat secara global,” ulasnya.

 

Selain itu, Usanita turut mengumumkan kesinambungan program Bridge to Brilliance 3.0, yang akan berlangsung di Oxford, London pada Februari 2025.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan perbincangan bermakna mengenai kepimpinan dan keusahawanan sosial bersama Adzliana sekali gus mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang menganjurkan sesi townhall di Oxford.

“Bridge to Brilliance 3.0 adalah platform untuk menyatukan pemimpin dan usahawan sosial dari seluruh dunia, mencetuskan idea-idea baharu yang boleh membawa perubahan positif,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Baby Makin Sihat’- Isteri Sharnaaz Ahmad Terharu Kesungguhan Doa Peminat Jebat!

Sampai ke Mekah orang mendoakan dia…Terima kasih sangat. Semoga Allah rahmati kita semua dunia akhirat.

Hiburan Tue, 13 Feb 2024
Featured Fri, 26 Apr 2024
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

四叶草朱主爱拍广告!豪华移动化妆车全程侍候

「四叶草」朱主爱自去台湾发展后极少在东南亚曝光,日前特返马拍广告且获得厂商以巨星待遇接待。

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi

Azar Azmi tampil berkongsi kisah sebenar kehidupannya yang selama ini menjadi persoalan ramai sejak lebih enam tahun tidak aktif dalam dunia hiburan.

Hiburan Sat, 3 Feb 2024
Hiburan Tue, 18 Jul 2023

Selepas 2 Tahun Berehat, Saharul Ridzwan Luah Rasa Rindu Nak Berlakon?

Lama dah tak nampak Saharul Ridzwan berlakon kan?

error: Content is protected !!