Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 18, 2024 @ 10:32am

Kini Berkhidmat Sebagai Pensyarah, PU Amin Zahirkan Kepentingan Lahirkan Tenaga Pakar Agama Khususnya Haji & Umrah

Pendakwah selebriti terkenal, PU Amin menegaskan kepentingan melahirkan tenaga pakar dalam bidang berkaitan agama, khususnya Haji dan Umrah.

Pemilik nama penuh Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 32, kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di YEG Academy

“Bidang agama memerlukan pengkhususan agar individu yang terlibat memiliki kepakaran tertentu, termasuk dalam pengurusan ibadah Haji dan Umrah.

“Terdapat ramai yang tiada kelayakan mengeluarkan pandangan mereka sendiri mengenai ibadah ini dan itu boleh mengelirukan masyarakat,” ujarnya.

PU Amin turut menekankan sokongan pemain industri dalam menjayakan program yang dilaksanakan oleh YEG Academy, termasuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji dan Umrah.

Sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Innovatif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini, YEG Academy melancarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji dan Umrah serta Pengurusan Penerbangan.

Pengarah Pengurusan YEG Academy, Hasan Ithnin, menyatakan bahawa industri Haji dan Umrah di seluruh dunia kekurangan tenaga profesional, terutama dalam pengurusan operasi.

“Fakulti Pengajian Antarabangsa adalah hasil kerjasama YEG Academy dan Kolej Universiti Innovatif untuk menubuhkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah. Selepas lima tahun, kami melihat permintaan tinggi di peringkat pengurusan, dan sebab itulah kami melancarkan program Ijazah Sarjana Muda ini.

“Kami menyasarkan untuk melahirkan 1,000 graduan lepasan SPM bermula dari diploma hingga ijazah sarjana. Kami bercita-cita menjadi pusat kecemerlangan rujukan dalam industri Haji dan Umrah, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Salah seorang pelajar program ini, Haji Muhammad Syakir Alif Che Razali, 21, telah berjaya membuka syarikatnya sendiri, Hijrah Alliance Travel Sdn. Bhd., dan memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi.

Syakir memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda sambil menguruskan syarikatnya.

“Saya sedar ilmu di peringkat diploma sahaja tidak mencukupi. Dengan melanjutkan pelajaran, saya dapat melihat perbezaan ketara, terutama dalam pengurusan syarikat dan jemaah. Ini pelaburan yang berbaloi demi masa depan syarikat dan kerjaya saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, YEG Academy, melalui kerjasama strategik dengan Meatech Training Centre dan Kolej Universiti Innovatif, turut melancarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan dan Diploma Penerbangan.

Pengarah Pemasaran YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi, menyatakan bahawa program ini direka bagi memenuhi permintaan tenaga kerja dalam industri penerbangan.

“Program ini sesuai untuk mereka yang sedang bekerja. Silibus disesuaikan dengan kehendak industri, dan kelas diadakan secara fleksibel, iaitu hujung minggu sahaja. Malah, individu yang hanya memiliki SPM tetapi mempunyai pengalaman kerja boleh dipertimbangkan terus ke peringkat ijazah sarjana muda,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Meatech ATC Sdn. Bhd., Shahril Azwan Abdul Hamid, pula menekankan peluang kerjaya yang luas dalam bidang penerbangan.

“Malaysia berhasrat menjadi hub penerbangan Asia Tenggara pada tahun 2030. Pekerjaan dalam bidang ini melibatkan pelbagai aspek, bukan sekadar juruterbang atau pramugari. Kami mahu anak muda mengambil peluang ini untuk menjamin masa depan yang cerah,” katanya.

Pelajar yang mengikuti program ini juga diberi insentif seperti wang sara hidup RM600, dengan peluang pembiayaan pendidikan melalui PTPTN dan PTPK.

Program-program YEG Academy telah menunjukkan keberkesanan yang membanggakan. Hampir 80 peratus pelajar program penerbangan berjaya mendapat pekerjaan, seperti Arisia Parikos, 22, dari Sabah, yang kini bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di POS Aviation KLIA selepas mengikuti kursus Cabin Crew/Customer Service & Ground Handling.

“Belum tamat latihan pun, saya sudah ditawarkan pekerjaan. Ini yang kami sebagai pelajar mahukan, iaitu mendapat kerja selepas tamat pengajian,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Sep 2025
Featured Tue, 21 Jun 2022

Gara-Gara Tegur Aurat Allahyarham Adibah Noor, PU Riz Dikecam Siti Kasim – “Shut The F**k Up!

PU Riz menegur untuk kebaikan sesama muslim, lagipun dia menegur dengan cara yang baik 😊

Trending Thu, 1 Oct 2020

Covid-19 : 89 Kes Baharu Dan 2 Kematian Dicatatkan

Jangan mudah mengalah, terus patuh SOP!

Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Anak Sebak Terpalit Isu Kontroversi Bapa, Eira Syazira Titip Kata Semangat – “Tiap Ujian Itu Mendidik Jiwa & Sabar Pasti Bawa Kemenangan”

Eira sempat menitipkan pesanan buat anak perempuannya itu agar bersabar dengan ujian yang menimpa.

Trending Sat, 5 Jan 2019

Anda Bakal Didenda Mulai 2 Januari 2019 Jika Hilang Passport

Kerajaan Umum Denda Untuk Kehilangan Passport, Berkuatkuasa 2 Januari 2019

Featured Thu, 8 May 2025

Lanjut Tayangan Filem 6 Jilake Di Pawagam… Amerul Affendi Berpuas Hati: “Terima Kasih Memahami Penonton Kita”

Tindakannya itu bukan mahu menuding jari tetapi prihatin terhadap slot tayangan filem tempatan.

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Disoal Nama Penuh, Respons Anak Eyra Hazali Buat Netizen Ketawa – “Hayder Qhalish Bin Tak Payah!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Baru-baru ini, Eyra berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter yang memaparkan […]

error: Content is protected !!