Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 20, 2024 @ 4:30pm

Jual Video L*cah & Tawar Khidmat Pers*ndalan, Hot Daddy & 2 Rakan Wanita Kini Diburu Polis

Selepas keputusan dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, lelaki dikenali sebagai Hot Daddy dan dua rakan wanitanya sedang diburu pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sedang mengesan individu berkenaan termasuk pergerakan jika ke luar negara.

“Tindakan pengesanan dibuat termasuk pengesahan pergerakan mereka keluar negara,” katanya kepada pemberita.

Pada Khamis, media melaporkan, Mahkamah Sesyen telah melepas tanpa membebaskan Hot Daddy dan dua rakan wanitanya daripada pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, menjual rakaman video lucah serta memiliki bahan lucah.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan waran tangkap yang dikeluarkan pada prosiding sebelum ini terhadap kesemua tertuduh tidak dapat diserahkan kepada mereka.

 

Selain Hot Daddy, atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, mahkamah turut melepas tanpa membebaskan Norshazrina Md Zamri dan Norhidayah Mahadi.

Hasli Ikhwan Arif, 32, Norshazrina, 27, dan Norhidayah, 24, didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan mengunakan aplikasi X menyebabkan orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman pada 10.10 pagi 16 Januari 2024 mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa menjual rakaman video lucah di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini pada 11.54 malam 15 Januari lalu mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hasli Ikhwan dan Norhidayah turut berdepan pertuduhan memiliki bahan lucah di Pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman pada 4 petang 22 Jan 2024 mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 10 Mar 2022
Events Fri, 1 Nov 2019
Trending Fri, 21 Aug 2020
Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Semoga berjaya Ezlynn

Trending Mon, 2 Apr 2018

Kim Jong Un Adjusts Schedule Just to Watch Red Velvet Perform Live

Kim Jong Un seems to be a fan of Red Velvet.

Trending Fri, 21 Dec 2018

Miliki Nama ‘Trump’, Kanak-Kanak Ini Minta Tukar Nama

Hanya Kerana Miliki Nama ‘Trump’, Kanak-Kanak Ini Minta Tukar Nama

Trending Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Ernie Zakri Bangkit, ‘Aura’ Bakal Cipta Magis Sebagai Simbol Kekuatan Wanita

Ernie Zakri paparkan women empowerment di persembahan Aura AJL39

Featured Thu, 7 Apr 2022

“Salah Satu Cara Untuk Lepaskan Rindu…” – Ayu Damit Sedih Sambut Puasa & Raya Pertama Tanpa Bapa

Perit menanggung rindu orang yang dah tiada… Semoga Ayu tabah hadapi ujian ini

Events Wed, 8 Feb 2023

Bersedia Jadi Suami, Aiman Tino Bakal Bernikah Selewatnya April Tahun Ini

Tahniah Aiman & Syarah! Semoga dipermudah urusan 😍

error: Content is protected !!