Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 31, 2024 @ 5:46pm

CSOIAM: “Buka Telinga, Celikkan Mata… Jangan Undi Sebab Peserta Comel Atau Cantik” – Ziana Zain

Penyanyi tersohor, Ziana Zain memohon penonton Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) untuk mengundi peserta berdasarkan bakat.

Tidak mahu peserta dinilai semata-mata kerana minat, personaliti menarik atau rupa, Ziana yang bertanggungjawab sebagai juri tetap CSOIAM bersama Datuk Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan mahu peminat membuka mata.

Keputusan minggu kedua CSOIAm menyaksikan empat peserta tersingkir iaitu Trio XL, Dhania, Erfarina dan Aniq Iffat.

“Kami dah menjalankan tugas kami sebagai juri dan akhirnya terserah kepada pengundi kerana program ini berdasarkan 60 peratus markah juri dan 40 peratus markah undian penonton.

“Pengundi perlu buka telinga, celikkan mata untuk undi peserta yang betul-betul ada potensi, bukan undi semata-mata minat kepada mereka. Jangan mengundi sebab dia comel atau cantik tetapi tengok kepada bakat mereka.

“Apabila peserta kegemaran anda sudah tiada namun dia ada bakat dan potensi, nak salahkan siapa? Kami barisan juri tak boleh lakukan apa-apa,” kata Ziana.

Tambah pelantun lagu Dingin ini, dia berharap mereka yang tersingkir dapat bertapak dalam bidang nyanyian dan memulakan kerjaya seni mereka.

“Inilah pertandingan, ada peserta yang kita minat, ada peserta yang kita tak minat. Namun ini juga rezeki, tetapi mungkin juga yang terkeluar akan lebih menyerlah.

“Kami sebagai juri juga berharap kepada mereka yang tersingkir, semoga mereka berjaya di luar sana apabila keluar. Kadang-kadang mereka lebih popular di luar sana, kita sendiri tak tahu kan bagaimana nasib mereka,” katanya lagi.

Untuk konsert ketiga yang bakal bersiaran minggu depan bertemakan ‘Rasa Paling Indah’, 10 peserta iaitu Kai Deva, Alya Mardien, Zazzleen, Eylia Guntabid, Hafiz Zainal, Mariam, Maryam Grace, Dayangku Iffah, Jimi dan Rezza Shah akan mara merebut hadiah RM1 juta.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy menggalas tugas sebagai pengacara untuk program yang bersiaran selama lapan minggu ini manakala Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan menggalas tugas selaku juri tetap.

Juara CSOIAM akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

‘Berada’ Taruhan Baharu Aman RA, Altimet, Noh Salleh

Lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan “wordplay” perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).

Hiburan Tue, 27 Aug 2019
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Giliran Anak Ketiga Kris Dayanti Pula Jadi Penyanyi…

Soundtrack berjudul ‘Sahabat Tersayang’ ini bakal membuatkan pendengar jatuh cinta dengan suara puteri kesayangan diva nombor satu Indonesia ini.

Trending Fri, 6 Mar 2020
Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Hiburan Mon, 5 Jan 2026

“Saya Terharu Tanpa Sedar Bahagiakan Orang” – Layanan Ikhlas Cik B Buat Ibu & Peminat Cilik Sebak

Netizen menyifatkan Cik B sebagai seorang figura muda yang merendah diri, penyayang dan tidak kekok melayan orang sekeliling.

Hiburan Mon, 19 Feb 2024
Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Trump Bagi ‘Lampu Hijau’ Mungkin Kembalikan Google Pada Peranti Huawei

Keputusan pentadbiran untuk membenarkan lesen dapat membantu kesepakatan perdagangan bagi kedua-dua negara itu.

Featured Thu, 18 Dec 2025

Alami Sakit Pinggang Melampau, Nabila Huda Disahkan Slip Disc L5… Nekad Teruskan Show – “What To Do, I Love My Job”

Cemas dengan situasi tersebut, Abil mengambil keputusan menjalani pemeriksaan MRI.

error: Content is protected !!