Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 4, 2025 @ 1:24pm

[VIDEO] Anak Shuib Menangis Bawa Lagu Kesetiaan, Momen Umairah Tolong Sambung Menyanyi Sentuh Hati Ramai

Umum mengetahui, anak perempuan Shuib iaitu Talita membuat persembahan buat pertama kalinya dihadapan orang awam di Bukit Bintang pada malam Jumaat.

Menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, Talita dilihat tidak dapat menghabiskan lagu Allahyarham ibunya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan.

Lebih menyentuh perasaan apabila penyanyi muda, Ummi Umairah iaitu anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sambung menyanyikan lagu tersebut.

Bukan itu sahaja, Umairah turut memeluk dan memberi semangat kepada Talita yang tidak henti mengalirkan air mata.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat momen tersebut yang sangat menyayat hati.

@era.je

Ya Allah, sebaknya time ni bila @umairah_sairahtarudin tolong sambung Thalita nyanyi. Thalita jangan nangis tau, semua rakyat Malaysia sentiasa doakan awak! 😭 #sharERA #ShowPalingMurah #3PAGIERA #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Artikel Berkaitan: Bakal ‘Busking’ Lagu Kesetiaan, Talita Menangis Peluk Shuib… Tak Sangka Impian Menyanyi Depan Orang Ramai Tercapai 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Mar 2019

重温经典美国影集《六人行》 LEGO提案完美还原中央公园咖啡店场景!

经典美国影集六人行虽然下档许久,但至今仍有各种方式无限回味,就像是法国设计师用了乐高积木。

Hiburan Tue, 28 Dec 2021

Jadi Gangster Kampung, MK K-Clique Akui Serius Dalam Dunia Lakonan

Penyanyi rap MK K-Clique mengakui dia serius dalam dunia lakonan. Buat masa ini, bidang lakonan adalah sumber rezeki yang hadir dalam kerjayanya dan dia menghargai segala peluang yang diberikan. Baru sahaja beraksi di hadapan kamera, […]

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Hiburan Wed, 15 Nov 2017

AYDA KECEWA; NETIZEN KECAM!

Sebagai tanda protes lagu itu tidak sesuai disenaraikan di Pentas AJL32, kali ini giliran Ayda Jebat pula dikecam netizen dan dilabel sebagai tidak bersyukur atas keputusan juri.

error: Content is protected !!