Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin January 5, 2025 @ 3:52pm

Baru Berusia 5 Tahun, Maleeq Dragster Ukir Nama Dalam Malaysia Book of Records

Jaguh muda sukan pushbike, Maleeq Dragster atau nama sebenarnya Wan Ayden Maleeq Wan Muhd. Muzri, 5, mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai juara termuda dengan jumlah kemenangan terbanyak dalam kejohanan pushbike kanak-kanak di peringkat antarabangsa dalam tempoh setahun.

Maleeq mencatat pencapaian luar biasa dengan merangkul 14 gelaran juara, termasuk gelaran juara dunia kategori lima tahun di RCS Championship, Tokyo, Jepun.

Bapanya, Datuk Seri Wan Muhd. Muzri, menegaskan bahawa kejayaan ini membuktikan potensi sukan pushbike dalam membentuk daya juang dan keberanian generasi muda.

“Sebagai ibu bapa, kami amat berbangga dengan pencapaian Maleeq. Dia menjadi inspirasi bukan sahaja kepada adik-beradiknya, tetapi juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Kami berharap kejayaan ini akan menjadi permulaan kepada karier cemerlang sebagai atlet negara.

“Selain mencipta rekod baharu untuk Malaysia, Maleeq turut mengharumkan nama sukan pushbike negara di persada dunia. Semoga dia terus mengekalkan prestasi cemerlangnya dan membawa nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Kejayaan di Peringkat Antarabangsa dan Tempatan

Maleeq berjaya mempertahankan gelaran juara di Jepun selama dua tahun berturut-turut, di samping mencatat kemenangan di Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong, dan Singapura. Di peringkat tempatan, antara kejuaraan yang diraihnya adalah M8 Malaysia International Pushbike GP Series 2 di Langkawi dan M8 Malaysia International Pushbike GP Series 4 Petronas.

Pelumba muda itu juga menjuarai Rockfish Cup International Championship 2024 baru-baru ini, mengalahkan pesaing dari pelbagai negara.

Ibunya, Datin Seri Nursyafira Mohd. Zain, memuji semangat kental Maleeq, walaupun pernah tercedera semasa latihan.

“Maleeq memang seorang anak yang bersemangat tinggi. Begitu juga kakaknya, Mikayla, dan abangnya, Mikael, yang terus menunjukkan prestasi membanggakan walaupun pernah mengalami kecederaan.

“Kejayaan mereka bermula dari rumah. Melihat minat dan kesungguhan mereka, kami mengambil jurulatih dan membina pusat latihan sendiri. Latihan hanya dilakukan pada waktu malam, manakala perlumbaan diadakan pada hujung minggu agar tidak menjejaskan pelajaran mereka,” katanya.

Persediaan untuk Kejohanan di Jepun

Menurut Wan Muhd. Muzri, yang juga Presiden The M8 Cycling Club, Maleeq dijadualkan kembali ke Jepun pada Januari depan untuk menyertai Run Bike Series (RCS) bersama abang dan kakaknya serta tujuh pelumba Malaysia lain.

“Persaingan kali ini dijangka sengit, tetapi dengan persediaan yang baik, kami yakin pelumba muda Malaysia akan memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Melihat ke hadapan, Maleeq bercita-cita untuk menceburi sukan permotoran Mini GP, hasil kerjasama M8 Malaysia dan ZK Racing.

“Program ini membuka peluang kepada bakat muda untuk terus berkembang. Sukan seperti ini bukan sahaja membina keyakinan diri, tetapi juga membantu anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya,” tambah Wan Muhd. Muzri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Jul 2018

“Dear Najib, Racial Politics is So Yesterday…”

Netizens are responding to Najib’s racial statements.

Hiburan Mon, 16 Mar 2026
Drama Thu, 15 Dec 2022

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Alamak kenapa Scha Elinnea disakiti Redza?

Hiburan Sun, 4 May 2025

Shukri Yahaya, Siti Hariesa & Amerul Affendi Bakal Buka Kedai Kopi Di APW Bangsar?

Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi, dikhabarkan akan membuka sebuah kedai kopi di APW Bangsar bermula Isnin, 5 Mei 2025!

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Sun, 17 Apr 2022

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Jejaka kacukan Arab & Melayu itu kini muncul dengan single Iktiraf.

Featured Tue, 18 May 2021

Semakan Dan Penebusan RM 150 E-Wallet Bermula 1 Jun 2021

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Kerajaan memperuntukkan bantuan  sebanyak […]

Trending Tue, 20 Apr 2021

Bayaran Dividen KWSP Sehingga 75 Tahun TIDAK Benar

Dapatkan maklumat lanjut di kaunter KWSP dan talian yang disediakan…

error: Content is protected !!