Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 12, 2025 @ 7:02pm

CSOIAM: Mimifly, Hael Husaini & Ramli Sarip Meriahkan Konsert Minggu Keempat Malam Ini!

Konsert minggu keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bakal berlangsung meriah malam ini!

Hanya tinggal tiga minggu lagi sebelum kita melangkah ke pentas akhir yang dinanti-nantikan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kejutan dan bakat luar biasa setiap minggu!

Pada episod kali ini, penonton akan dihangatkan dengan persembahan pembukaan oleh Mimifly, penyanyi yang sedang hangat dengan lagu terbaharunya, Angkat, akan menggamatkan pentas CSOIAM.

Lagu Angkat kini sedang viral dan mendapat perhatian ramai. Mimifly, yang juga dikenali dengan suara powerful dan penampilannya yang unik, semakin menonjol dalam industri muzik tempatan. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk melihat persembahan penuh tenaga daripada beliau!

Peserta Terpaling Fizz minggu lalu, Marygrace, akan turut berganding bahu dengan legenda rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip, untuk duet yang mengujakan dengan lagu Doa Buat Kekasih dan Nyanyian Serambi.

Datuk Ramli Sarip, yang digelar Papa Rock Malaysia, sudah pasti akan membawa persembahan yang memukau dan penuh emosi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pasangan hebat ini di atas pentas CSOIAM! Tetapi, adakah Marygrace bakal berjaya berduet dengan Papa Rock Malaysia kita ini? Nantikan semua ini di Konsert minggu keempat Ahad ini!

Barisan juri tetap, Cakra Khan, Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain akan kembali memberikan komen tajam dan bernas mereka pada minggu ini.

Namun, lebih menarik lagi, kehadiran Hael Husaini sebagai juri jemputan akan memeriahkan lagi suasana! Hael yang terkenal dengan suaranya yang penuh emosi akan turut membuat persembahan istimewa di penghujung rancangan, membawakan dua lagu popularnya iaitu Sama Seperti Dulu dan Haram.

Konsert minggu keempat Calpis Soda One In A Million menjanjikan malam yang penuh dengan kejutan yang tidak dijangka dan bakat-bakat hebat yang pasti akan memukau anda.

Siapakah yang bakal mengungguli pentas CSOIAM dan mara ke peringkat seterusnya? Jangan lupa saksikan dan pastikan anda berada di depan TV pada hari Ahad ini!

Senarai Lagu Top 8 Peserta: Minggu Keempat dengan Tema ‘Sinergi Muzik’!

Minggu keempat bakal dihangatkan lagi menerusi tema ‘Sinergi Muzik’ dengan gabungan lagu lagu ataupun ‘Mashup’ yang pastinya menggegarkan pentas Ahad ini!

Adakah peserta Top 8 mampu bertahan sehingga ke pentas akhir CSOIAM? Dengan persaingan yang semakin sengit, hanya yang terbaik bakal menyerlah!

Berikut adalah senarai lagu yang bakal dibawakan oleh peserta minggu ini:
* Rezza Shah – Kembali Merindu & Seragam Hitam
* Mariam – Sutera & Gila
* Alya Mardien – Bukan Lagi Kita & Jangan Mati Rasa Itu
* Kai Deva – Jangan Khianati Aku & Relakan Jiwa
* Zazleen – Gelombang & Suatu Masa
* Marygrace ft. Datuk Ramli Sarip – Doa Buat Kekasih & Nyanyian Serambi
* Jimi – Senggol Senggolan & Drama King
* Eylia Guntabid – Peluang Kedua & Seandainya Masih Ada Cinta

Gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian penonton akan menentukan keputusan setiap minggu, bermula episod kedua sehingga episod kelapan.

Berikan impak sepenuhnya kepada peserta kegemaran anda, terdapat tiga cara mudah untuk anda peroleh undian:
* Pengguna baharu kini berpeluang menikmati 10 undian percuma hanya dengan mendaftar di Tonton! 
* Pengguna Tonton sedia ada juga tidak akan ketinggalan,  anda juga akan menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik. 
* Kini anda boleh membeli produk Calpis di Shopee untuk menebus baucar eksklusif yang memberikan tambahan 50 undian bagi setiap pembelian produk Calpis.

Undian anda adalah kunci kepada kejayaan mereka. Jangan lepaskan peluang untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan.

Jangan lupa mengikuti perjalanan peserta menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal! Bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam.

Sorotan eksklusif ini membawa anda menyelami dedikasi, cabaran, dan pencapaian peserta sepanjang pertandingan.

Saksikan Keajaiban Konsert Minggu Keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang anda tidak mahu lepaskan! Siaran langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton.

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus berinteraksi mengenai program ini di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Mar 2025

Ameera Khan Mengaku Kerap Call Jefri Nichol, Netizen Tampil ‘BackUp’ : “Itu Perkara Normal Bagi Orang Bercinta”

Menerusi sepotong video tular di TikTok, Ameera kelihatan tidak lekang memegang telefon bimbitnya.

Hiburan Wed, 21 Jan 2026

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Langganan Tanpa Iklan, 1.5 Juta Pengguna Kini Boleh Akses Ciri Premium

Setakat ini, aplikasi berkenaan merekodkan 9.8 juta muat turun serta 8.3 juta sesi bulanan.

Featured Thu, 18 May 2023

Angel Dolla Jawab Gosip Cinta Dengan Nadhir Nasar – “Saling Berbalas Tweet Tak Beri Makna….”

Kalau couple pun apa salahnya… sama cantik, sama padan😍😍😍

Featured Thu, 8 Sep 2022

Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

Itulah kan kita tak ada dekat tempat orang tu so tak boleh nak ulas sesuka hati 😌

Featured Tue, 9 Sep 2025
Hiburan Wed, 31 Jul 2024

Harith Iskander Nafi Curang Dengan Model Nadira Isaac – “Ada Orang Nak Ambil Kesempatan”

Segala spekulasi telah terjawab. Semoga tak ada gosip yang bukan bukan lagi ek

error: Content is protected !!