Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 15, 2025 @ 7:46pm

Ernie Zakri Guna Pengaruh Sebagai Selebriti Promosikan Tahun Melawat Malaysia

Penyanyi popular, Ernie Zakri percaya penglibatan dan sokongan golongan artis serta selebriti tempatan dalam menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 adalah peluang besar bagi mempromosikan keunikan negara.

Ernie yang diberi penghormatan menyanyikan lagu tema rasmi TMM2026, Surreal Experiences berkata, pengaruh selebriti dan artis di media sosial memainkan peranan penting dalam menyerikan kempen tersebut.

“Peranan dan perkongsian kita di media sosial sangat penting. Sama ada menerusi lagu, video, atau pengalaman peribadi, semuanya membantu menyampaikan mesej selari dengan hasrat kerajaan dan kementerian terlibat.

“Apabila kita menunjukkan keindahan negara dan mempromosikannya kepada peminat dalam dan luar, secara tidak langsung mereka akan tertarik untuk melawat Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya berhubung perasaannya diberi penghormatan menyanyikan lagu tema TMM2026, jelas Ernie, penglibatannya dalam kempen tersebut adalah antara momen penting dalam kerjayanya.

“Lagu ini sangat sing along, yang disuntik dengan elemen pop supaya mudah diterima oleh semua. Mesejnya juga ringan tetapi selari dengan objektif kempen.

“Sebagai penyanyi, tugas saya bukan hanya menyanyikan lagu ini, tetapi juga mempromosikan industri pelancongan Malaysia melalui platform media sosial,” katanya.

Kempen TMM2026 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini baru-baru ini menjadi antara agenda penting kementerian menjelang 2026.

Dalam majlis sama, logo, maskot, lagu tema dan reka bentuk pesawat khas TMM2026 turut diperkenalkan.

Sementara itu, seruan Ernie seiring dengan hasrat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, yang menekankan bahawa kempen TMM2026 bukan sekadar inisiatif pelancongan biasa, tetapi satu langkah strategik untuk membentuk legasi yang memberi impak besar kepada ekonomi dan masyarakat.

King Sing menjelaskan bahawa kempen TMM2026 memberi fokus kepada dua teras utama iaitu pelancongan mampan dan berkualiti tinggi.

“Kempen ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk menawarkan pengalaman bermakna sambil melindungi khazanah unik negara.

“Ia juga bertujuan meningkatkan ketibaan pelancong dengan menukar lawatan singkat kepada penginapan lebih lama, memperkayakan pengalaman pelancongan budaya dan eko, serta menggalakkan perbelanjaan lebih tinggi melalui promosi pelancongan khusus,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Jun 2022
Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Hiburan Fri, 19 Nov 2021

2 Kali Lafaz, Haqiem Rusli Kini Bergelar Suami… Netizen Terpesona Lihat Kecantikan Isteri – “Umur 19 Tahun, Comelnya”

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular, Haqiem Rusli, 23, sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19. Merpati dua sejoli ini selamat bernikah di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira […]

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Aliff Syukri Sumbang RM 1.5 Juta Untuk Golongan Kurang Berkemampuan

Alhamdulillah…Semoga terus dimurahkan rezeki Datuk Aliff!

Featured Wed, 23 Nov 2022

Simpati Dengan Petugas Media, Azad Jazmin Belanja Makan Di Istana Negara

Alhamdulillah.. semoga diluaskan lagi pintu rezeki Pak Azad

Contest Mon, 1 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Gandingan pengacara popular Kamal Adli dan Ain Edruce menghangatkan lagi pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang baru sahaja bermula malam tadi. Persembahan peserta dan komen dari juri cinta yang ‘panas’ ternyata lebih menarik perhatian […]

error: Content is protected !!