Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 20, 2025 @ 7:19am

Mahu Terus Hulur Bantuan, Elly Mazlein Sebak Terkenang Nasib Kanak-Kanak Memerlukan

Kemurnian hati penyanyi dan pelakon Elly Mazlein dalam membantu kanak-kanak yang ditimpa nasib kurang baik menyentuh hati ramai.

Sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan kanak-kanak, usaha baik pengacara dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ini bermula apabila dia bertemu dengan penghidap kanser mata tahap empat, arwah Alisa Umairah Nur Hisham sekitar tahun lalu.

“Ia bermula dengan arwah adik Alisa. Kali pertama saya lihat dia dalam TikTok, terdetik dalam hati, rasa kasihan terhadap anak ini. Walaupun hanya sekejap sempat mengenali Alisa, tapi cinta dan sayang saya kepada anak istimewa itu menebal sampai ke hari ini.

“Selepas Alisa dijemput Ilahi, saya bercakap kepada diri sendiri, saya akan teruskan usaha untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak lain yang memerlukan,” katanya sebak kepada XTRA.

Elly ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta Jakel 2025 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Tetap meneruskan hasrat murni membantu anak-anak lain, Elly baru sahaja bertemu dengan adik Nur Umairah Mohd Fauzi yang sedang melawan sakit barah darah (leukemia).

“Baru-baru ini, saya ke Johor untuk bertemu dengan adik Umairah yang menghidap leukemia dan menghadiahkan telefon bimbit kepadanya untuk dia belajardi hospital.

“Sebenarnya, ramai lagi anak-anak yang saya nak jumpa. Saya tak kaya mana pun, tapi rezeki yang saya dapat tu, saya nak salurkan kepada mereka.

“Kos perubatan sangat mahal, jadi saya berharap pertolongan saya yang kecil ini sedikit sebanyak dapat membahagiakan mereka. Insya-Allah, ada bahagian rezeki saya akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan kerana dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

“Ramai lagi kanak-kanak yang saya mahu jumpa. Insya-Allah, saya akan teruskan usaha ini untuk membahagiakan mereka,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Feb 2021

“Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat” Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Takutnya, apapun semoga Andi Bernadee kembali sihat…

Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

Hiburan Mon, 23 Dec 2024

Adik Ogy Ahmad Daud Meninggal Dunia

Adik Ogy Ahmad Daud meninggal dunia

Trending Wed, 30 Oct 2019

Syarikat Keluar Produk Kosmetik Mengandungi Bahan Terlarang Dikenakan Kompaun

Langkah menyenaraihitam jenama produk akan diteruskan

Hiburan Tue, 26 Dec 2023

Pekin Ibrahim, Mona Allen Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Alhamdulillah! Syoknya dapat baby lagii 🥰🥰

error: Content is protected !!